AIDC BLOG: Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia? - The Jerusalem Post

Saturday, November 8, 2008

Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia? - The Jerusalem Post



Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia ? - The Jerusalem Post


Oleh : Shani Ross


Parti-parti pembangkang Malaysia telah memperoleh kemenangan yang bermakna dalam pilihan raya peringkat parlimen yang diadakan pada Ahad, 8 Mac. Kejayaan mereka menunjukkan satu keinginan yang sedang meningkat untuk perubahan politik dan memajukan demokrasi di Malaysia. Keputusan pilihan raya ini bermakna parti memerintah Barisan Nasional (BN), tidak lagi mempunyai majoriti dua pertiga untuk parlimen, Ini bermaksud bahawa kuasanya telah terbatas dalam sesetengah perkara, sebagai contoh ia tidak boleh meminda atau pelantikan jawatan penting tanpa sokongan pembangkang.

Akhirnya, keputusan pilihan raya bermaksud sistem checks and balances (periksa dan seimbang) , satu prinsip yang diperlukan dalam mana-mana demokrasi yang sebenar.

Parti pembangkang terbesar, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah memenangi 31 kerusi, satu kemenangan yang bererti jika dibandingkan kepada satu kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya 2004.

Kejayaan PKR telah memberikan erti yang besar kepada kebangkitan kembali karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Sebagai seorang penyokong Islam sederhana, keadilan agama dan budaya yang saksama, dan demokrasi yang bebas, populariti Anwar semakin meningkat, dengan sesetengah laporan mencadangkan bahawa pakatan pembangkang perlu memenangi pilihan raya seterusnya, dia mungkin akan berada dalam laluan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Anwar menceburkan diri dalam karier politiknya pada 1982 dengan menyertai United Malays National Organization (UMNO), pada masa ini merupakan parti terbesar dalam Barisan Nasional (BN). UMNO dipimpin oleh Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat.

Pada 1991, Anwar telah dilantik sebagai Menteri Kewangan yang kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Mahathir pada 1993. Tempoh Anwar sebagai Menteri Kewangan telah digambarkan oleh kemakmuran dan kemajuan ekonomi yang tidak pernah berlaku dahulu, memberikannya sambutan yang meriah oleh rakyat di merata tempat.

Bagaimanapun, karier politiknya terhenti secara tiba-tiba apabila dia menentang hebat kepada sokongan Mahathir terhadap program untuk Bumiputera (penduduk asal). Penentangan ini membawa kepada sabitan rasuah dan liwat (hukumannya adalah 6 dan 9 tahun masing-masing, walaupun sabitan liwat telah digugurkan pada 2004).

Selain itu, sekiranya bukan kerana tuduhan jenayah ke atasnya, Anwar telah menjadi ikon untuk perkembangan politik, keadilan dan kesamarataan, dia mengekalkan banyak sokongan selama bertahun-tahun kerana usaha yang dilaksanakan oleh isterinya, Wan Azizah Ismail, individu yang mewujudkan PKR pada 1999, untuk mendesak pembebasan suaminya.

PKR juga mengekalkan pembaharuan politik Anwar (yang kemudiannya dikenali sebagai ‘reformasi’) dan agendanya bernafas. Sejak dibebaskan dari penjara, Anwar cuba untuk menggiatkan semula kempen politiknya dengan mencabar kerajaan sekarang, diketuai oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi, dengan menjadi peneraju utama isu panas, secara terperinci adalah ‘Dasar Ekonomi Baru’. Diwujudkan pada akhir 1970-an (sekarang dinamakan sebagai Dasar Wawasan Negara), dasar yang bertujuan untuk melahirkan suasana perpaduan nasional dengan mengurangkan jurang perbezaan antara etnik, namun dari segi praktikalnya ia cenderung memberikan layanan kepada Bumiputera, mewujudkan peningkatan masyarakat Melayu kelas pertengahan dan oleh yang demikian di bantah hebat oleh etnik India dan Cina yang tidak mendapat manfaatnya.

Anwar diberikan sambutan yang hebat oleh kejayaannya dalam mewujudkan perpaduan di antara parti pembangkang yang sebelum ini berpecah, yang menghasilkan kemenangan pakatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan jumlah keseluruhan 82 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya baru-baru ini.

Dipertimbangkan sebagai salah seorang penceramah yang paling berkarisma di Malaysia, sokongan Anwar terhadap platform politik PKR sedang memperoleh momentum yang sangat bermakna.

Pada Februari 2008, PKR menerbitkan Manifesto Keadilan bertajuk "A New Dawn for Malaysia," (Era Baru untuk Malaysia), memperincikan wawasan parti untuk meletakkan semula Malaysia ke laluan ekonomi, politik, pendidikan dan kemakmuran budaya. Dengan kekuatan lima negeri, parti pertama menjadi penyokong utama kepada keadaan perlembagaan untuk semua, hak bumiputera dijamin sepenuhnya di samping hak bukan bumiputera dan mewujudkan politik yang tidak berasaskan kaum.

Dengan peningkatan peratusan penduduk yang tidak berpuas hati dengan status quo (keadaan sedia ada tanpa sebarang perubahan) politik, agenda pembaharuan PKR, sebagaimana yang disokong oleh Anwar, dilihat sebagai perubahan yang diingini oleh rakyat Malaysia. Larangan aktiviti politik Anwar akan berakhir pada akhir April dan sekiranya laporan tersebut benar, dia akan memenangi secara mudah pilihan raya kecil dan memegang kembali peranan di parlimen selepas isterinya dijangka mengosongkan kerusinya.

Halangan utama yang diperkatakan oleh penganalisis, sebaik sahaja Anwar secara rasmi menceburi politik semula, dia perlu secara berterusan membuktikan kemampuan politiknya dan memastikan parti-parti pembangkang yang telah berpisah sejak sekian lama mengekalkan pakatan yang berjaya dan oleh yang demikian urus tadbir yang efektif dalam melaksanakan perubahan dalam negeri-negeri yang mereka kuasai.

Apabila mereka berbuat demikian, penganalisis selanjutnya menjangka bahawa pakatan pembangkang mungkin mempunyai peluang yang cerah untuk menewaskan parti pemerintah dalam pilihan raya 2013, oleh yang demikian meletakkan Anwar sebagai perintis dan sebagai Perdana Menteri.

Shani Ross adalah Koordinator untuk Persidangan dan Program Eksekutif, International Institute for Counter-Terrorism (Institut Antarabangsa untuk Melawan Keganasan), Pusat Antara Disiplin Herzliya, Israel.


Nota - AIDC menterjemah artikel asal bertajuk "Interview with Anwar Ibrahim : Malaysia's Future Prime Minister?, diterbitkan pada 20 Mac 2008 oleh Akhbar harian Israel,The Jerusalem Post . Arikel asal klik di sini

0 comments: