AIDC BLOG: Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

Sunday, November 2, 2008

Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

John Esposito, orientalis Amerika melawat Anwar di rumah kediaman rasminya di Bukit Segambut Dalam pada 8 Ogos 2008. Lawatan John Esposito ke Malaysia semata-mata sebagai menunjukkan sikap prihatinnya terhadap kes Anwar di mahkamah iaitu berkaitan dengan pertuduhan liwat dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.


Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito


“John L Esposito adalah seorang Profesor dalam bidang Agama dan Perhubungan Antarabangsa serta Pengarah bagi Pusat Pemahaman Islam-Kristian, Universiti Georgetown, Washington. Beliau juga adalah editor bagi Oxford Encyclopedia, Modern Islamic World dan Oxford History of Islam. Beliau mempunyai pandangan yang tajam, seimbang dan diterima pakai bagi Islam kontemporari (masa kini). Petikan mengenai Anwar Ibrahim berikut diambil dari buku "Unholy War Terror in the name of Islam", karangan John Esposito. OUP, 2002”.

Dua buah buku karangan John Esposito yang memuji Anwar Ibrahim di peringkat antarabangsa. Buku kiri bertajuk "Makers of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998) menamakan Anwar Ibrahim dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur) sebagai Muslim Moderat. Manakala buku kedua beliau (foto kanan) bertajuk "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" (Oxford University Press, 2002) menjelaskan fahaman Islam Anwar Ibrahim sebagai Islam Liberal yang terkenal di peringkat antarabangsa. Bermakna istilah Muslim Moderat adalah nama lain kepada Islam Liberal yang ditaja oleh Projek Pluralisme Agama Amerika melalui Ford Foundation, Isntitute Brookings, Rand Corporatian dan pelbagai yayasan tajaan Amerika.



Apabila Anwar Ibrahim, juga digelar “Fanatik Islam” menyertai kerajaan yang dipimpin oleh Mahathir Mohammed pada tahun 1980, beliau membuat semua sahabat dan musuh tergamam. Bagaimanapun, beliau menunjukkan bahawa beliau berjaya dalam kedua-dua dunia, dari seorang ketua pembangkang yang berkarisma kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Anwar Ibrahim bekerja dengan berkesan di dalam pelbagai pengaruh politik dan mengemudi masyarakat Malaysia yang pelbagai agama (Muslim, Kristian, Hindu, Budha) serta pelbagai bangsa (Melayu, Cina, India). Beliau berjaya membuat ramai rakyat Malaysia dan antarabangsa terpegun dengan keupayaannya menyatukan agama dan budaya dengan efektif bagi mencapai matlamat bersama.

Beliau telah mendapat jolokan “globalis muka tembok yang sesuai dengan dunia moden bagi pasaran-pasaran dan media”’ serta seorang “liberal”. Lapan belas tahun kemudian, dia telah dibicara dan didapati bersalah diatas tuduhan yang berasakan politik, di mana dia mendapat kritikan yang hebat dari ketua-ketua agama serta organisasi hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Walaupun berada di dalam penjara, beliau kekal dengan kelantangan suara bagi isu sosiopolitik dan pembangunan ekonomi, membela pluralisma di dalam masyarakat pelbagai agama serta dialog-dialog antara tamadun sebagai satu cara tunggal untuk memperbaiki pergeseran antara tamadun.

John Esposito adalah penganut agama Kristian yang juga turut dipanggil 'father' yang menunjukkan kealimannya dalam agama Kristian. Beliau adalah anak murid kepada almarhum Ismail Faruqi, pensyarah Universiti Temple, Amerika. Beliau membuat PHDnya dalam pengajian Islam. Walaupun sangat mendalami tentang Islam, tetapi beliau tidak berminat memeluk agama Islam. Beliau juga turut mengambil Anwar sebagai pensyarah pelawat (pada 2005-2006) di pusat pengajian yang dikendalikannya iaitu Pusat persefahaman Islam dan Kristian (CMCU), Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.CMCU ditaja oleh the Pluralism Project Amerika yang bertujuan untuk mempromosi Liberalisme Agama di seluruh dunia


Sebagai seorang yang praktikal dalam politik serta kepercayaan, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kedua-dua model sekular, iaitu Marxist dan Barat telah gagal. "Model Marxisme telah memisahkan manusia dari kepercayaan... Tiada tempat bagi etika, moral dan spiritual,” dan Model Barat menolak “mana-mana rujukan kepada pertimbangan moral dan etika. Pemeliharaan kebudayaan dianggap sebagai kemunduran dalam mengejar pembangunan.”

Berbeza dengan kumpulan-kumpulan Islam konservatif yang berjuang bagi undang-undang Islam, Anwar Ibrahim berkata (Muslim di Asia Tenggara) lebih rela berjuang untuk memperbaiki kebajikan wanita-wanita dan kanak-kanak di kalangan mereka daripada menghabiskan masa untuk mengtakrif sifat dan institusi negara Islam yang ideal.

Mereka (Islam konsevatif) tidak percaya usaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, menguasai revolusi maklumat dan memperjuangkan keadilan bagi wanita boleh membuatkan mereka menjadi Muslim yang lemah.

Islam yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim adalah Islam yang dinamik, tradisi membangun yang memberi tindak balas kepada perbezaan masa dan tempat.

Beliau menolak peniruan yang konservatif (taqlid) dan memihak kepada analisis bebas serta terjemahan semula (ijtihad), malah percaya bahawa Islam adalah “ satu agama yang bersandarkan kekuatan pada dinamisme dan pembaharuan yang berterusan....”.

Sebagai penyokong tegar kepada dialog Timur-Barat, beliau percaya Islam adalah agama yang komprehensif dari dulu hingga kini dan ia sepatutnya bersifat terbuka kepada semua budaya.

Pluralisma dan tolak ansur berdasarkan hormat menghormati dan saling memahami adalah kunci kepada visi Anwar Ibrahim di dalam dialog peradaban mengenai convivencia, yang mempunyai asas-asas kukuh pada zaman pertengahan sejarah Islam.

Convivencia (hidup bersama) menyentuh semangat pemerintahan Roger II pada kurun ke dua belas di Sicily dan pemerintahan Islam di Semenanjung Iberian termasuk Toledo, Cordoba dan Granada.

Di Iberia, masyarakat Kristian, Islam dan Yahudi tinggal bersama-sama di dalam konteks pergaulan dan pertukaran budaya. Itu adalah zaman kemakmuran dan kejayaan bagi kesenian, sastera, puisi, astronomi dan perubatan. Ramai penganut Kristian digelar Mozarabs kerana mengadaptasi ciri-ciri Arab dalam kehidupan seharian termasuk cara berpakaian, budaya, bahasa serta menggunakan nama-nama Arab.

Malah, ada sebilangan cendikiawan Kristian menulis dalam bahasa Arab selain dari Latin.

Anwar Ibrahim mendapati asas-asas convivencia disokong oleh sejarah Islam dan di dalam Al-Qur’an, sebagaimana terjemahan surah, “Hai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku-suku bangsa, supaya kamu mengenal satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah yang lebih bertakwa (memelihara diri dari kejahatan). Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Mengerti” (49:13).

Convivencia, bagi Anwar Ibrahim adalah satu bentuk pluralisme Islam, satu visi yang berlainan dari program-program Islamis biasa yang memberi tempat bagi masyarakat bukan Islam di dalam masyarakat Islam yang dilihat tradisional (Islam konservatif).

Ia berlandaskan penguasaan keadilan dan persamaan di dalam sosial dan ekonomi, yang mana diiktiraf sebagai asas kepada agama-agama lain termasuk Islam. Visi pluralisme tersebut merupakan asas kepada laungan beliau untuk dialog peradaban.

Bagi kita, apa yang diperintahkan oleh Allah di dalam Al-Quran adalah jelas. Nilai kemansiaan dicipta dari kaum-kaum, bangsa-bangsa dan negara-negara yang berbeza dari segi sifat-sifat fizikal, bahasa dan corak pemikiran, namun punya matlamat untuk lita’arafu – “iaitu kenal-mengenal di antara satu sama lain.”

Anwar Ibrahim menghargai kepentingan perbahasan global, malah menegaskan bahawa convivencia adalah satu kemestian bagi kemajuan.

Walau bagaimanapun, ia haruslah berdasarkan persaingan yang sihat dan saksama. Sikap penjajah yang kuno bagi “misi tamadun” serta penolakan musuh Barat mengancam kehidupan manusia.

Nota - Rencana ini dipetik daripada buku "Unholy War Terror in the name of Islam", tulisan John Esposito, seorang orientalis yang menjadi pengarah di Pusat Persefahaman Islam dan Kristian, Universiti Georgetown, Amerika. Rencana ini disebar semula oleh Raja Petra Raja Kamaruddin pada 02 Oktober 2003 dalam egroup Ijtihad. Raja Petra ketika itu adalah Pengarah Free Anwar Campaign (FAC) yang menjalankan kempen besar-besaran di internet untuk membebaskan Anwar yang dianggapnya sebagai tokoh Islam Liberal yang diiktiraf di seluruh dunia. Rencana asal klik di sini.

Artikel lain yang berkaitan:

1. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

2. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

3. Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT

4. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

5. Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK

6. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama

7. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?

8. Dunia Muslim-Barat berpecah dalam fikiran Anwar

9. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

10. Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?


0 comments: