Anwar Ibrahim, terkenal pada tahun 70-an sebagai pejuang Islam dalam ABIM. Itu titik tolak, Anwar dikenali. Bermula dengan buku usrah, Hassan Al Banna, Syed Qutb, Fathi Yakan dan Abu Ala Al Madudi, (tahun 70-an), kemudian beralih kepada buku - buku usrah baru, Ismail Al Faruqi dan Sayyed Hussein Nasr (tahun 80 -an) dan mutakhir ini beralih kepada buku - buku orientalis, John Esposito, John Voll dan Samuel P. Huntington.
Setiap kali peralihan buku usrah yang ditelaah Anwar itu menunjukkan proses peralihan tahap-tahap perjuangan Islamnya. Menurut klasifikasi yang dicaturkan oleh John Esposito, Anwar beralih dari perjuangan Islam Fundamentalis, beralih ke Islam Moderat. Kalau disemak lagi, akhirnya Anwar terperangkap dengan jaringan ilmu para orientalis dan ahli falsafah Barat yang berusaha memprogramkan Islam mengikut versi mereka. Islam Progersif ? Islam Liberal ? Itulah petak-petak jaringan yang disediakan oleh para orientalis Barat.
Sudah tentu buku usrah Syed Qutb, bertentangan dengan buku usrah Ismail Al-Faruqi, apatah lagi buku usrah John Esposito pula mengklasifikasi Syed Qutb adalah 'Muslim Teroris', manakala Anwar adalah 'Muslim Moderat'. Klik di sini
Muslim Moderat projek Barat
Bermakna jasa orientalis seperti John Esposito dan John Voll, yang dianggap oleh Anwar sebagai 'pembela Islam' (?) adalah berjaya memecahbelahkan aktivis Islam kepada tiga kelompok besar iaitu "Muslim Fundamentalis" (golongan yang berpegang teguh prinsip asas Islam), "Muslim Demokrat"(golongan sederhana) dan "Muslim Teroris" (golongan radikal).
Itulah label-label terhadap Islam yang berjaya diklasifikasikan oleh guru Anwar, John Esposito. Disebarkannya pengklasan itu kepada Barat melalui tulisan-tulisan di bukunya berjodol "Makers of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998) dan "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" (Oxford University Press, 2002). Di dalam buku-buku itu, John Esposito terlalu mengagungkan Anwar dan Gus Dur sehingga ditulis beberapa bab khusus mengenai mereka berdua. Dan kedua-duanya John klaskan sebagai Muslim Demokrat. Klik di sini
Bermakna dari semua ulama dan cendikiawan Islam di Malaysia dan Indonesia, hanya Anwar dan Gus Dur yang diminati oleh John Esposito untuk dipopularkan dalam dunia Islam. Semacam konspirasi sistematik, seolah-olah terdapat usaha untuk memperkecilkan ilmu yang dimiliki oleh Dr Haron Din, Ustaz Hadi Awang, Ustaz Nik Abd Aziz mewakili Malaysia. KH Zainuddin MZ, Habib Rizieq Shihab, K.H. Ahmad Dahlan, Buya HAMKA mewakili Indonesia. Malah Abu Bakar Bashir, seorang lagi ulama terkenal Indonesia, Amerika klasifikasi sebagai teroris.
Apakah ini bermakna John Esposito mengangkat darjat ketinggian ilmu Islam Anwar dan Gus Dur lebih tinggi daripada tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas ?
Sudah tentu dengan perlabelan ini orientalis Barat berjaya menunjukkan masyarakat Islam berpecah belah dan Barat hanya mengagungkan tokoh-tokoh Islam yang disukainya.
Persoalannya sejak bila orientalis Barat, Amerika dan Yahudi suka kepada Islam ? Dan jika mereka terlalu cenderung membela tokoh-tokoh Islam tertentu, apakah motif tersiratnya ?
Menurut Adian Husaini, pengkaji tersohor Islam Liberal di Indonesia, menegaskan umat Islam jangan mudah terpedaya denga terma "Muslim Moderat" kerana gelaran itu diprogramkan oleh Amerika dan sekutunya.
Kena hati-hati dengan gelaran ini kerana menurut penulis itu salah satu takrif "Muslim Moderat" adalah klon Islam Amerika yang diprogramkan untuk berlawan dengan "Muslim Teroris". Maknanya Amerika dan sekutunya bukannya bodoh menghabiskan jutaan dolar semata-semata melahirkan klon yang merugikan mereka. Sudah tentu klon-klon yang bakal dilahirkan di Amerika akan bekerja untuk mencapai misi negara polis dunia itu. Klik di sini
Sebab itu, tidak menghairankan Anwar yang selalu dipuja Amerika sebagai Muslim Moderat telah menarik picu senapangnya menghala tembakannya kepada Osama ben Laden, dalam Majalah Time, 8 Oktober 2001, kerana buku usrah John Esposito bariskan Osama sebagai teroris yang paling dikehendaki Amerika. Klik di sini
Kesimpulannya jika di kalangan kita fikirkan Anwar masih lagi menadah kitab buku-buku usrah dari Pakistan (Abu Ala Al Maududi) atau Timur Tengah (Hassan Al Banna/ Syed Qutb), anggapan itu tersasar jauh kerana buku-buku telah dibuang sejak tahun 80-an lagi. Sekarang Anwar sudah menadah kitab baru, dari bapa orientalis hingga buku-buku bapa falsafah kebebasan Barat termasuk John Locke. Klik di sini
Anwar pernah diramal bakal Presiden PAS ?
Subky Latif, bekas wartawan Utusan (Sekarang aktivis PAS Wilayah Persekutuan) pernah meramalkan 'Anwar bakal menjadi Presiden PAS' dalam bukunya "Siapa Ganti Asri", Penerbitan PENA (Kuala Lumpur), 1977. Tetapi ramalan penulis itu tidak menjadi kenyataan hingga sekarang, sama seperti ramalan mengatakan Anwar akan menjadi PM pada "16 September" lalu, tetapi ramalan itu juga meleset.
Ramalan Subky pada 1977 itu berasaskan kepada pengamatannya yang Anwar amat komited dengan perjuangan "Islam is the of life" dalam ABIM dan penulis meramalkan Anwar sepatutnya mengantikan Presiden PAS, Asri Muda yang dianggap 'nasionlis Islam'. Tetapi pada tahun 1982, Anwar buat kejutan kepada pendokong gerakan Islam, bahawa beliau bukan menyertai PAS, sebaliknya menyertai UMNO yang pernah dipijak benderanya sebelum ini.
Misteri missionari Islam Anwar dalam UMNO ?
Setelah 16 tahun bersama UMNO, Anwar berjaya mendaki hireki jawatan dalam kerajaan dengan cepat, dari 1982-1983 dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Menteri Belia dan Sukan (1983 - 1985); Menteri Pertanian (1985 - 1986); Menteri Pendidikan (1986 - 1990); Menteri Kewangan (1990 - 1998) dan Timbalan Perdana Menteri (1993 – 1998).
Sepatutnya Anwar telah jadi PM pada 1998, sepuluh tahun yang lampau dan bukannya pada 16 September 2008. Tetapi takdir Allah, mengatasi perancangan manusia. Tepat pada 2 September 1998, Anwar dilucutkan keahlian UMNO, sekaligus gugurlah jawatan TPM dan Menteri Kewangan yang disandangnya, juga berkecai cita-citanya menjadi PM.
Walaupun pada tahun 1998, Anwar dikatakan tokoh yang paling berpengaruh, jentera dan instrumennya amat hebat termasuk IKD, ABIM, BTN, media dan team wawasan UMNO untuk melayakkannya menjadi PM, namun perancangan manusia sahaja tidak cukup untuk mengatasi ketentuan Ilahi.
Setalah dipecat UMNO, Anwar mendakwa dirinya ditendang keluar kerana projeknya mahu mengislamkan UMNO dari dalam telah dapat dihidu. Itu versi Anwar dan penyokong-penyokongnya memberitahu kepada khalayak Melayu - Islam sebagai justifikasi kenapa Anwar dipecat UMNO. Tetapi benarkah begitu ?
Apa pula justifikasi, Anwar yang pernah dijolok, 'bakal Presiden PAS', pada tahun 1977, tetapi menyertai UMNO pada tahun 1982 ? Anwar dan penyokong - penyokongnya juga dakwa kemasukannya ke dalam UMNO untuk mengislamisasikan UMNO dari dalam. Tetapi benarkah begitu ?
Semasa dalam UMNO, siapakah inner circle Anwar ? (orang paling rapat yang mampu buat keputusan). Azmin Ali sebagai Setiausaha Sulit. Ezam Mohd Nor sebagai Setiausaha Politik dan yang menjadi 'otak Anwar' adalah Setiausaha Akhbarnya, Khalid Jaafar. Bagaimana aliran kefahaman mereka tentang Islam ? Kenapa tidak dilantik mana-mana tokoh bekas Presiden ABIM yang terkenal faham Islam menduduki jawatan terpenting sebagai inner circle Anwar ?
Titik tolak dari kemasukan ke dalam UMNO dan dipecat dari UMNO adalah justifikasi yang sama iaitu untuk "proses Islamisasi dari dalam".
Persoalannya Islam jenis apa ?. Kalau UMNO yang didakwa tidak cukup Islam, tetapi beliau pula tidak menyertai PAS dan adakah ini bermaksud PAS juga tidak cukup Islam ?
Pada tahun 1999, beliau melalui isterinya Wan Azizah menubuhkan parti baru yang diberi nama Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang kemudiannya bergabung pula dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2004.
Adakah PKR adalah 'Model Islam yang syumul', ilusi Anwar sebagaimana pernah didakwa UMNO dan PAS tidak cukup Islam ?
Antara kuasa dan Islam
Sekarang kita teliti apakah faktor sebenar kenapa Anwar tidak menyertai PAS pada tahun 1982 ?. Apakah rahsianya.
Menurut Ahmad Lutfi Othman, seorang pengkaji pemikiran Anwar, sejak tahun 1990 menulis begini;
“Sebenarnya Anwar merancang kemasukannya dalam Umno dengan begitu licin. Anwar sertai Umno ketika dia sudah pastikan ABIM tidak lagi mempunyai tokoh yang boleh mempersoalkan ‘ijtihadnya’. Anwar sengaja mengarahkan Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin kanan ABIM yang lain sertai PAS sebelum itu bukan kerana dia rasakan waktu itu PAS satu jamaah Islam yang perlu didukung tetapi kerana dia mahu menjayakan cita-cita besarnya untuk masuk Umno ketika Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, “hujahnya.
"Kalau Anwar yakin dengan perjuangan PAS sebagai sebuah gerakan Islam atau parti politik Islam, mengapa dia sendiri tidak menyertai PAS bersama Ustaz Fadzil? PAS amat memerlukan tokoh sepertinya ketika itu, ketika PAS kalah teruk di Kelantan. Dan Anwar sendiri yang mengarahkan kemasukan Ustaz Fadzil, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim ke dalam PAS. Ini tentu ada muslihatnya. Anwar memang merancang secara halus supaya bila tiba waktunya, ketika dia berhasrat menyertai Umno, ABIM tidak lagi mempunyai tokoh yang hebat yang berwibawa untuk menahannya"
“Cuba saudara bayangkan imej Anwar menyertai Umno dalam keadaan ABIM hebat menentangnya? Tetapi apa yang berlaku meskipun ABIM tidak merestuinya, ABIM seolah-olah tidak menghalangnya. Saya masih ingat, dalam ucapan dasar Presiden ABIM, Siddiq Fadil yang pertama selepas kemasukan Anwar ke dalam Umno, perkara itu tidak disentuh secara langsung. Itu satu kejayaan besar buat Anwar. “Begitu bersemangat beliau cuba meyakinkan saya"
“Cuba bayangkan,” tambahnya, “semasa Anwar bersama-sama pemimpin PAS mengatur strategi Pilihanraya Umum 1982, dia telah pun bersedia menyertai Umno secara aktif. Maksud saya, sebenarnya Anwar sendiri mengakuinya. Beliau cuma mengumumkan secara rasmi bahawa dia aktif berjuang melalui Umno pada Mac 1982. Maknanya apa ini? Bukankah seperti ular berkepala dua.”
Walaupun Ahmad Lutfi Othman menggunakan kaedah perbualan, tidak dapat dipastikan, rakan yang menyapanya itu benar-benar wujud atau penulis itu bermonolog dengan diri sendiri. Apatah lagi penulis tidak menyebut secara jelas, siapakah kawannya itu. Wujud atau tidak bukanlah suatu perkara penting, tetapi kesanggupan penulis memfokus sudut perbualan, menunjukkan karya itu hasil pemikiran penulis itu sendiri.
Apatah lagi, jika penulis itu mencatatkan semula dalam salah jodol bertajuk " Darah Anwar dalam PAS" daripada buku karyanya, "Memo Buat Bakal PM", diterbitkan oleh Penerbitan Pemuda pada tahun 1993. Bacaan lengkap klik di sini.
Berdasarkan kesimpulan penulis di atas, kemasukan ke dalam UMNO dirancang oleh Anwar sendiri dan bukan didorong oleh 'proses Islamisasi dalaman'. Anwar sendiri mengarahkan Ustaz Fadzil, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim ketika itu berada dalam ABIM masuk ke dalam PAS, bukan semata-mata untuk membantu PAS, sebaliknya untuk memastikan tiada lagi tokoh berkaliber dalam ABIM yang mempersoalkan tindakannya menyertai UMNO.
Setelah semua tokoh-tokoh ABIM yang pro PAS masuk ke dalam PAS, adakah yang tinggal semuanya akan jadi kebanyakannya pro Anwar ?
Ahmad Lutfi juga memberi contoh Dr Siddiq Fazil yang tidak mengulas apa-apa semasa muktamar ABIM sebaik sahaja Anwar sertai UMNO. Bagaimana pula dengan Kamaruddin Jaafar, Anuar Tahir dan Kamaruddin Mohd Nor, bukankah mereka juga menjadi pengikut Anwar pro UMNO ?
Bukankah kerana Anwar merosakkan ABIM daripada NGO non-partisan, menjadi NGO partisan ini menyebabkan ABIM berpecah belah kepada kumpulan serpihan termasuk ABIM Perlis dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) ?
Bermakna kemasukan Anwar ke dalam UMNO bukan bermotifkan persoalan Islam tetapi bertitik tolak persoalan mahu kuasa dan mahu jadi PM. Ini dinukilkan oleh Ahmad Lutfi dengan kata-kata, "dia (Anwar) mahu menjayakan cita-cita besarnya (PM ?) untuk (dengan ?) masuk Umno".
Jadi adakah adakah ini bermaksud, Ahmad Lutfi bersetuju, Anwar tidak masuk PAS pada tahun 82, kerana Anwar tidak percaya PAS mampu merealisasikan cita - cita Anwar jadi PM ?
Kalau begitu kesimpulannya, kemasukan Anwar ke dalam UMNO dan ketidakmasukan Anwar ke dalam PAS bukan bertitiktolak persoalan ISLAM, sebaliknya bermotifkan mahukan KUASA dan mahu merealisasikan cita-cita jadi PM.
Adakah ini bermaksud 'agenda Islam' hanya dijadikan senjata untuk menarik sokongan Melayu - Islam sama ada berjaya atau tidak matlamat yang pertama itu (kuasa) ?
Islamisasi dalam UMNO ?
Anwar selalu dakwa beliaulah yang membentuk Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Bank Islam sebagai contoh projek Islamisasi, tetapi benarkah dakwaannya itu ?
Bukankah semua itu dilakukan dengan restu kerajaan yang memerintah yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir dan kalau benar sekalipun, Anwar hanyalah pelaksana dengan ihsan Tun Dr Mahathir untuk melonjakkan saham Anwar sebagai pemimpin pelapis.
Bermakna idea asas bermula dari Tun sebagai PM dan bukannya Anwar.
Kalau benar, Anwar berpegang kepada program Islamisasi, apakah Anwar lakukan di Selangor ketika PKR memerintah negeri itu ? Adakah Selangor hari ini boleh dijadi "Model Islam Contoh" berbanding dengan negeri-negeri lain ?
Tetapi di Selangor yang diperintah PKR hari ini, berlaku sebaliknya, di mana gerakan membina rumah ibadat bukan Islam lebih pesat berlaku di bawah dua exconya Dr Xavier Jayakumar dan Elizebert Wong. Klik di sini
Dr Xavier yang dianggap sebagai ketua rumah ibadat bukan Islam akan usulkan untuk menghapuskan syarat had keluasan (930 sq m) rumah ibadat bukan Islam seperti yang termaktub dalam undang-undang PBT yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Selain beliau desak cadangan penambahan peruntukan dan kerana jumlah rumah ibadat bukan Islam sebelum ini (RM3mil) tidak mencukupi.
Malah Teresa Kok,Ronnie Liu dua exco DAP pula lebih lantang mempertikaikan soal tulisan Jawi dan Azan tetapi akan tersenyum lebar Apabila Menteri Besar Selangor hadiahkan 100 juta untuk projek kandang Babi. Klik di sini
Malah Khalid Ibrahim, MB Selangor sendiri telah menubuhkan Jawatankuasa khas rumah ibadat bukan Islam yang diketuainya dan dibantu oleh tiga exco tiga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar (Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin), Teresa Kok (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan) dan Ronnie Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan).Klik di sini
Mungkin kalau ditanya kepada Anwar, beliau akan kata, "saya tidak masuk campur urusan adik saya (Rusli Ibrahim) dilantik penasihat khas kepada presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)". Klik di sini. Timbulnya soal kronisme Anwar kerana dibangkitkan sendiri oleh bekas anak buahnya, Ezam Mohd Nor. Klik di sini
Adakah kes KDEB ini merupakan cerminan contoh kecil apa yang Anwar lakukan semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu ? Klik di sini
Gambaran kronisme Anwar dalam UMNO pernah dinukilkan Ahmad Lutfi Othman dalam bukunya, "Layakkah Anwar Ketuai Reformasi", 1998 dengan memetik kata-kata Mohamad Sabu :
"Ya, ini kerana Anwar masih lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat..Kita boleh bertanya, misalnya adakah Kamaruddin Jaafar atau Kamaruddin Mohd Nor menjadi jutawan segera kerana dia pandai berniaga atau disebabkan sahabatnya menjadi Menteri Kewangan? "
"Begitulah juga dengan Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ? Begitu juga dengan bekas setiausaha sulit Anwar, Nasarudin Jalil dan beberapa orang lain yang dekat dengan Anwar naik begitu mendadak. Kita jangan lupa semasa hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan seperti Quek Leng Chan dan beberapa orang jutawan yang lain dalam membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3."
Bacaan lanjut klik di sini
IKD - badan pemikir Islam Anwar ?
Anwar tidak boleh mendakwa UIA dan Bank Islam adalah hak miliknya, kerana tiada sebarang dokumen yang sah boleh membantu perkukuhkan hujahnya. Tetapi, Anwar tidak pernah dakwa Institut Kajian Dasar (IKD) adalah hak miliknya, walaupun mempunyai dokumen lengkap yang mengesahkan Anwar adalah pengasas dan ahli Lembaga Pemegang Amanah seumur hidup badan pemikirnya itu.
Semua tokoh - tokoh ABIM yang hebat - hebat dilonggokkan di IKD. Bermula dari Dr Siddiq Fadhil (Bekas Presiden ABIM) sebagai ketua panel perunding IKD; Kamaruddin Jaafar (Bekas Setiausaha Agung ABIM)sebagai Pengerusi IKD, hinggalah kepada Dr Mohamad Nur Manuty (bekas Presiden ABIM), Mustaffa Kamil Ayub (Bekas Presiden PKPIM), Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung ABIM) turut dilantik sebagai tenaga penggerak IKD.
Kalau dihitung dari segi tokoh -tokoh hebat ABIM ini yang bertenggek di IKD itu, sepatutnya IKD boleh diiktiraf sebagai badan pemikir Islam Anwar.
Tetapi kenapakah selepas dua tahun penubuhan IKD, pada tahun 1984, Anwar turut mengundang sponsor luar negara, sebuah yayasan Kristian dari Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF) ?. Klik di sini
Apa agenda Anwar menjemput KAF menjadi penaja utama IKD, tidak cukupkah dana yang diagihkan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk menjalankan operasi IKD ? Bukti klik di sini.
Apatah lagi yayasan Kristian Jerman itu, merupakan sekutu Amerika yang turut disuntik kewangan oleh American Jewish Committee (AJC). Klik di sini
Ketika Anwar mengundang penajaan KAF, tokoh - tokoh hebat ABIM tidak membantah, sebaliknya sebulat suara bersetuju dengan 'kesukarelaan', yayasan Kristian Jerman itu.
Kata Peter Schier, wakil KAF Malaysia, "rakan kongsi penting kami adalah IKD, (Institut Kajian Dasar). Ini adalah kumpulan pemikir untuk Anwar Ibrahim.... Tetapi, apabila dia disumbatkan ke dalam penjara, kami tidak berhajat untuk memutuskan hubungan dengan IKD..
Berdasarkan kata-kata Peter Schier ini (wawancara The Sun 2006), jelas KAF masih meneruskan tajaan meskipun Anwar sudah dipecat daripada UMNO.
Persoalannya kenapa ? Kenapa KAF masih berminat meneruskan penajaan meskipun Anwar telah dipenjarakan?
Dari penjara Sungai Buloh, Anwar mengutuskan perutusan agar IKD diterajui oleh 'otaknya' iaitu bekas Setiausaha Akhbar, Khalid Jaafar. Kata sesetengah pihak, nak kenal pemikiran Anwar, kenallah 'otak' Khalid Jaafar. Otak Khalid Jaafar adalah otak Anwar!
Kata Peter Schier lagi, "Sekarang, sejak akhir-akhir ini, mereka (IKD) lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri. Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana menyokong pluralisme(semua agama sama). Jadi, kami menyokong perkara tersebut. Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan buku - buku Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang diterjemahkan "Islam & Dasar Pemerintahan") oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama"
Persoalannya adakah tumpuan Islam Tanwiri (Islam ke arah pluralisme) ini hanya dimulakan sejak Khalid Jaafar menerajui IKD ?
Sebenarnya tidak. Konsep Islam Tanwiri (versi pluralisme) telah dimulakan seawal IKD ditubuhkan, namun ketika itu pemikir-pemikir ABIM di dalam menggunakan istilah "Masyarakat Madani".
Menariknya, istilah "Masyarakat Madani" yang dicanang oleh Anwar dan IKD juga adalah istilah popular yang sering digunakan oleh Nurcholish Madjid di Indonesia dalam menjustifikasikan Islam Liberalnya.
Apakah pemikiran Anwar sama dengan pemikiran Nurcholish Madjid ?
Apa yang Dr Siddiq Fadzil dan Kamaruddin Jaafar, bekas orang kuat ABIM suntik pendekatan Islam semasa menerajui IKD ?
Benar IKD telah mengkaji pemikiran Ismail Al Faruqi dan Muhamad Iqbal, tetapi dalam masa yang sama, IKD juga aktif mengkaji pemikiran Jose Rizal (Kristian) dan Rabindranath Tagore(Hindu). Klik di sini
Malah bukan setakat itu sahaja, Anwar dan IKD turut membuat hipotesis baru (fatwa?) bahawa inti ajaran Islam hampir sama dengan pengajaran Confucianism seperti yang diusahakan penerbitan oleh Anwar dalam bukunya "Islam and Confucianism". Apa maksud itu ? Bukankah maksud pluralisme mahu menyamaratakan Islam dengan semua agama lain ? Klik di sini
Malah kalau diukur dari neraca klasifikasi John Esposito di mana kedudukan Ismail Al Faruqi dan Iqbal yang menjadi model kajian Islam IKD ? Muslim Moderat ?
Kenapa Anwar dan IKD tidak kaji pemikiran Abu Ala Al Maududi, Hassan Al Banna, Syed Qutb ? Apa klasifikasi John Esposito terhadap mereka ? Muslim Fundamentalis ?
Kenapa IKD tidak kaji pemikiran Osama ben Laden, Ayatollah Khomeini (Iran) atau Sheikh Ahmad Yassin (Hamas) ? Apa klasifikasi John Esposito ? Muslim Teroris ?
Dan yang paling menghairankan kalau benar-benar Anwar dan pemikir ABIM mahu mengkaji Islam di IKD, kenapa perlu guna dana yang diragui sumbernya, sebuah yayasan Kristian dari Jerman?
Takkanlah nak mengkaji Islam pun kena guna duit dari Yayasan Kristian dan Yahudi ?
AIDC
4 November 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com
Artikel lain yang berkaitan :
1. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar
2. Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT
3. Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich
4. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara
5. Anwar Ibrahim : Masa Depan Demokrasi Muslim
6. Anwar beritahu Amerika Osama Laden pengganas Islam
7. Rakan-rakan Pakatan berusaha memahami Anwar Baru - Muslim Moderate..
8. Dunia Muslim-Barat berpecah dalam fikiran Anwar
9. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama
10. Masih berbisakah tangan Anwar dalam PAS ?
0 comments:
Post a Comment