AIDC BLOG

Thursday, June 18, 2009

Anwar, Shakespeare dan Liberalisme : Bagaimana Shakespeare Membebaskan Imaginasi Pemimpin Yang Dipenjarakan

Oleh : Melissa Western

Peranan Shakespeare dalam mengilhamkan salah seorang daripada banduan-banduan politik Asia Tenggara paling kontroversial akan dipromosi dalam satu kongres yang dihoskan oleh The University of Queensland bulan depan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Profesor Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menjadi salah seorang ahli panel utama pada dalam Kongres Shakespeare Sedunia Kali Ke-VIII.


Mewakili suara untuk Islam sederhana dan progresif, Dr Anwar Ibrahim telah membaca hasil kerja Shakespeare sebanyak empat kali semasa dia menghabiskan masa enam tahun di penjara khas di dalam satu bilik kecil, penjara Malaysia.

Dr Anwar telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan akibat penyalahgunaan kuasa dan salah laku seks pada 1998. Dia telah dibebaskan pada September 2004 selepas Mahkamah Persekutuan Malaysia menggugurkan tuduhan itu.

“Saya melihat Shakespeare seperti satu tokoh utama dalam dimensi antarabangsa dan berperikemanusiaan,” Dr Anwar Ibrahim berkata.

“Dalam bilik penjara saya yang sepi, dengan jelas. Shakespeare muncul kepada saya seperti satu berlian genius untuk semua budaya"

“Saya berhutang budi kepada Shakespeare kerana saya dapat terbang jauh daripada sekatan kecil mereka melalui empat dinding semasa pemenjaraan untuk menjadi penonton utama karya lama yang genius ini.”

Dekan Eksekutif Fakulti Kesenian, Professor Richard Fotheringham, berkata amat penting Dr Anwar Ibrahim sebagai ahli panel utama dalam kongres yang pertama, 30 tahun sejarah kongres ini dilaksanakan di hemisfera selatan.

“Dr Anwar menggunakan Shakespeare sebagai satu cara untuk menghuraikan beberapa perkongsian yang amat penting antara agama-agama barat dan agama-agama timur, khususnya antara Kristian dan dunia Islam,” tambah Profesor Fotheringham.

“Disebabkan perkara ini dia berupaya untuk menghubungkan jurang budaya. Perkara ini begitu amat penting untuk kami dalam awal abad ke-21.”

Profesor Fotheringham, yang juga merupakan pengerusi Kongres berkata pengetahuan Dr Anwar Ibrahim tentang Shakespeare akan membawa ke satu tahap baru pemahaman kepada hasil kerja 'Bard' dalam abad ke-21.

“Kongres hanya diadakan setiap lima tahun, ini yang pertama sejak peristiwa malang 11 September 2001,” tambah Profesor.

“Memang yang menjadi perhatian adalah peranan Shakespeare dalam budaya yang menggunakan bahasa Arab dan meyakini kepercayaan Islam"

“Kita banyak jiran-jiran Islam dalam rantau kita, dan ia amat penting bercakap kepada mereka atas tapak kebudayaan yang biasa. Shakespeare membantu menyediakan tapak itu, ketika dia telah menjadi pengarang dunia.

Dr AnwarIbrahim juga akan memberi satu syarahan umum mengenai 'Islam dan Democracy' di UQ pada 20 Julai, 9.30am.

Hanya satu tahun sebelum dia dipenjarakan Dr Anwar Ibrahim dijangkakan akan mengambil alih kepimpinan Malaysia dan menggantikan Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohammad.

Dua pemimpin ini bertelagah mengenai dasar ekonomi semasa krisis kewangan Asia.

Pada September 1998, Dr Anwar Ibrahim memimpin satu demonstrasi di Kuala Lumpur mendesak pembaharuan dan telah ditangkap serta ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Dr Anwar Ibrahim kini adalah Profesor Jemputan dalam School of Foreign Service di Universiti Georgetown.

Semenjak 2004, dia juga mengadakan syaharan sebagai pensyarah di St Anthony College di Oxford dan di School of Advanced International Studies di Johns Hopkins University.

Dia seorang perunding Bank Dunia dalam pentadbiran dan akauntabiliti, pada Mac 2006 dia pernah dilantik sebagai Presiden Kehormat kumpulan London-based AccountAbility.

Mutakhir ini dia telah berucap dalam pelbagai acara termasuk dalam Presidential Fellows Lecture di Bank Dunia, ucaptama pada World Movement untuk Democracy Forum di Istanbul, ucapan berwibawa di Jeddah Economic Forum dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore, dan ucaptama untuk Institute Social dan Ethical Accountability di London.

Dr Anwar Ibrahim akan membuat satu ucaptama di Kongres Shakespeare Sedunia Kali Ke-VIII pada 9am pada hari Rabu 19 Julai di Brisbane City Hall.

Ahli panel lain untuk Kongres Shakespeare Sedunia Kali Ke-VIII termasuklah pengarang Queensland-born (dan alumni UQ) David Malouf, Pengarah Pentas Australia yang diiktiraf di seluruh dunia, Gale Edwards, Profesor University of Pennsylvania Ania Loomba dan Professor University of Auckland Michael Neill.

Kongres Shakespeare Sedunia Kali Ke-VIII akan diadakan di Brisbane City Hall, 16-21 Julai.

AIDC menterjemah artikel How Shakespeare freed a jailed leader’s imagination oleh Melissa Western,The University of Queensland. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Ucapan terbaru Anwar di Paris : Islam dan barat selepas era Bush

Oleh Anwar Ibrahim


Ucapan pembukaan oleh Anwar Ibrahim di L'Institut français Des mengenai Debat - Pesidangan Hubungan Antarabangsa bertajuk “Islam dan Barat Selepas Era George Bush”, di Paris, yang dipengerusikan oleh Michel Camdessus.

IFRI (Institut français des relations internationales) adalah satu badan pemikir yang berpestij di Perancis dan di antara institusi penyelidikan hubungan antarabangsa terulung di dunia. Acara itu telah dihadiri oleh orang-orang kenamaan seperti wakil dari Kementerian Luar Perancis , Ahli parlimen, ahli perniagaan, dan mendapat liputan meluas dari pihak akbar Perancis termasuk France 24, Liberation, dan lain-lain.

Tontonilah BBC WORLD INTERVIEW yang memaparkan ulasan Anwar Ibrahim mengenai ucapan Obama.

Wacana antara Islam dan Barat sebagaimana kita tahu telah dibaluti dengan pelbagai isu bersejarah yang dianggap besar. Ia kekal sehingga ke hari ini. Apa yang kami fahami adalah terdapat banyak tafsiran tentang sejarah yang mencapah dan lahirlah pelbagai persepsi tentang Islam dan Barat. Hari ini, tanpa mengambil kira George Bush, salah faham berterusan yang membawa kepada pertembungan mengenai isu tersebut.

Ironinya, pertembungan itu bukan berkaitan aspek ketuhanan. Bukan juga pertembungan antara Gereja dan Negara seperti yang digambarkan dalam salah satu konsep sejarah di Barat sepertimana yang kita ketahui. Menyelar gereja bukan lagi dianggap satu tindakan intelektual yang sihat dan konsep sekularisme sendiri dianggap passé (ketinggalan zaman) dalam banyak perbincangan.

Sebenarnya, jika kita memandang lebih jauh, kita sepatutnya melihat kuasa memusat kepada kerja. Doktrin John Locke (Tokoh Falsafah Barat-tokoh rujukan Islam Liberal) tidak mencemarkan kehidupan dan kekayaan manusia, dalam Tradisi Prophetic (kenabian/ramalan) seperti yang diketahui oleh para cendekiawan Islam: “ Oh Manusia , darah anda, harta anda dan penghormatan anda adalah suci seperti Tanah Suci ini.

Prinsip-perinsip "Lockean" (John Locke) menyebabkan Perancis membangun ke zaman pencerahan dan dijadikan sebagai asas perlembagaan Amerika dan mempunyai persamaan jelas dengan 'maqasid al syariah', satu perinsip tertinggi dalam Undang-undang Islam, seperti yang terdapat dalam kurun kelapan, yang menjaga kesucian agama, kehidupan, intelek, keluarga, dan kekayaan.

Masih belum sampai perbincangan lanjut, menyedarkan kita supaya lebih berani dan meningkatkan pengertian yang kini telah disempitkan dalam satu percanggahan peradaban. Selepas tiga dekad, Revolusi Islam Iran, bayangan fundamentalisme Islam menunggu forum-forum kita, kerana negara itu masih berpegang kepada pemikiran pengertian Islam sebagai agama keganasan, ekstremisme dan keganasan serta penolakan demokrasi dan hak-hak manusia.

Keraguan ini terhenti apabila melihat apa yang telah berlaku di Indonesia, yang merupakan sebuah Negara Islam berkonsepkan demokrasi terbesar, dan tidak kurang juga di Turki. Ini merupakan kepercayaan asas yang menyemai kelompok perselisihan faham antara Islam dan barat, sama ada sebelum era George Bush atau selepasnya.

Maka hari ini, walaupun kepercayaan perkongsian dalam nilai-nilai sejagat adalah sangat penting kepada Enlightenment (pencerahan) di Eropah sebagai pelopor sejarah Islam, Islam dan barat masih lagi saling bercanggah.

Sangat penting disebut mengenai pemerhatian oleh sarjana Azhar, Rifa’a al-Tahtawi,(tokoh rujukan Islam Liberal) yang melawat bandar raya ini (Peranchis) dalam abad ke-19 dan memberi perhatian mengenai kepada moto revolusi Peranchis, 'liberté'/ Liberty (kebebasan), 'egalité'/equality (kesamaan) , 'fraternité'/fraternity (persaudaraan) .

Pada mulanya agak sukar difahami terjemahan langsung bagi perkataan "kebebasan" , dalam konteks Arab amnya merujuk untuk keadaan 'pembebasan hamba', kemudiannya menyedari maksud yang lebih tepat dengan mendasari moto dalam bahasa ibundanya adalah konsep ‘adl' - keadilan, yang tidak ada kekurangan satu daripada 'Divine Attributes' dalam Islam dan satu kebimbangan cendekiawan-cendekiawan Islam serta para ulama sejak azali lagi.

Pada prinsipnya, dari aspek globalisasi sekurang-kurangnya kita memerlukan langkah penyelesaian yang memecah-belahkan kita. Dalam aspek kemanusiaan, dekad yang akan datang, kita mesti mencari cara-cara untuk mengatasi cabaran-cabaran besar perubahan iklim, kemiskinan dan kekurangan sumber tenaga.

Pembangunan yang sesuai bagi majoriti penduduk dunia merupakan satu cabaran penting, terutama dalam saat kemelesetan ekonomi. Sekaligus wujud masalah berkadar besar dan paling baik diselesaikan sebagai satu komuniti negara yang bekerjasama.

Percubaan ini memerlukan rakyat berpandukan bukan sahaja kepentingan diri atau kepentingan negara tetapi individu-individu yang cemerlang dengan asas etika dan susila keadilan, kemuliaan manusia serta saling memahami.

Barack Obama telah menganggap peranan Presiden Amerika Syarikat dalam merujuk hubungan antara Islam dan Barat adalah antara perkara paling penting dalam politik serta isu-isu sosial dunia.

Kita melihat beliau merupakan seorang pemimpin yang berkesanggupan untuk memberikan nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan seorang Presiden Amerika yang percaya bahawa isu-isu kritikal yang memecah-belahkan Amerika Syarikat dan dunia Islam boleh diselesaikan bukan sahaja secara retorik tetapi melalui hubungan positif dalam hubungan saling menghormati.

Pentadbiran Barack Obama telah melakukan beberapa langkah-langkah positif berbanding dengan era dahulu. Satu isu ketara berkenaan konflik Arab-Israel, belum lagi dapat dilihat; walau bagaimanapun, pelantikan George Mitchell sebagai duta Timur Tengah adalah satu langkah yang membawa kepada keadilan dan kini boleh diterima berbanding pemimpin terdahulu.

Pengunduran tentera Amerika dari Iraq, walaupun tertangguh, adalah dianggap baik, seperti langkah memikirkan semula pendekatannya di Afghanistan. Obama membuka lembaran baru, dengan penganiayaan dan penyalahgunaan tahanan adalah satu proses yang tidak berperikemanusiaan. Obama menyedari penyalahgunaan itu, dan beliau mengambil langkah menutup Teluk Guantanamo, akan membantu Amerika untuk mendapatkan semula kredibiliti di peringkat antarabangsa.

Ketika Presiden Obama telah menyokong aspek keamanan, dalam masa sama dia perlu menghadapi isu-isu penjanaan nuklear dan keganasan. Mesejnya jelas, hubungan dan dialog berkaitan dengan pendudukan luas umat Islam yang kini hidup di Eropah dan Amerika Syarikat. Tetapi integrasi itu membangkitkan suasana beremosi.


Terima kasih kepada Obama kerana tidak menyimpan syak wasangka dengan kisah-kisah bersejarah dan beban berat prasangka yang telah melanda, Turki berasa negaranya sukar untuk menyertai Kesatuan Eropah.

Perancis dan England pernah menghadapi rusuhan kejam yang dilakukan oleh 'ghettoized' (merujuk tempat kediaman Yahudi) umat Islam yang kini dikenali populasi utama di Eropah yang ditempatkan di kediaman mereka sendiri.

Keganasan yang meletus berkaitan dengan isu kartunis di Denmark, mencerminkan keadaan melarat mengenai hubungan Islam dan Barat dan cabaran yang kita hadapi untuk membentuk hubungan saling menghormati untuk merapatkan hubungan kedua-dua pihak.

Barack Obama akan berucap di Kaherah esok menyampaikan saranan yang penting buat dunia Islam. Nadanya dan tingkah laku sangat jauh daripada bertempur dan pendirian agresif dibawa oleh pentadbiran terdahulu. Sepertimana ketika dia berkata dalam ucapan sulungnya:

“Untuk mereka yang berharap kepada kuasa rasuah dan penipuan serta berdiam diri untuk menentang, anda berada di pihak yang salah , tetapi kita akan menerima dengan hati terbuka jika anda bersedia untuk membuka genggaman penumbuk anda.”

Pada fikiran saya, kata-kata ini menunjukkan satu pemulihan hubungan baik daripada Amerika Syarikat, Amerika mesti mencari rakan-rakan yang boleh dipercayai untuk berurusan.

Manakala bagi pihak saya tidak akan syak wasangka untuk membela Eropah dan kerajaan Amerika Syarikat berdasarkan dasar pintu terbuka dalam mempromosikan kebebasan dan demokrasi, saya sekali lagi perlu mengatakan bahawa keyakinan untuk bergerak daripada autokrasi kepada demokrasi perlu datang dari negara Islam itu sendiri.

Memang benar, kewujudan pelampau-pelampau di negara-negara Islam adalah bukanlah khayalan imaginasi, tetapi mereka adalah produk sebuah masyarakat yang tidak bertanggungjawab, kebebasan atau demokrasi.

Ini adalah negara yang dipimpin oleh autokrat yang pernah menerima sokongan kewangan dan ketenteraan dari Barat yang demokratik, terutama Amerika.

Usaha-usaha Obama dalam perkara ini, sepatutnya diarahkan kepada merumuskan dasar-dasar yang mencapai objektif strategik Amerika tanpa menimbulkan rasa curiga mengenai kuasa demokratik dalam dunia Islam.

Sokongan Amerika untuk rejim yang tidak bertanggungjawab untuk rakyat mereka sendiri adalah balasan kepada kegagalan jangka panjang walaupun kemungkinan keuntungan jangka pendek.

Sepatutnya tidak ada tindakan seperti itu dan menamatkan dasar luar yang 'ambivalen'(terpilih)

Sangat disesali, di bawah pemerintahan George Bush, masyarakat Islam di Barat telah diberi sedikit peranan dalam institusi demokratik dengan serangan besar-besaran atas nama perang melawan keganasan. Jadi amat penting kepada Presiden Obama untuk menghapuskan frasa ini daripada dasar luar Amerika. Hakisan kebebasan asasi tidak patut dibiarkan di mana-mana sahaja.

Dan ini bukan perkara remeh. Kita tahu bahawa isu-isu penyalahgunaan kuasa eksekutif dan pencabulan kebebasan asasi, pentadbiran serta tanggungjawab badan kehakiman , berlanjutan kerana keegoan gologan elit pemerintah.

Hak-hak jantina, undang-undang buruh, rawatan orang-orang tahanan dan penindasan parti politik adalah fakta kehidupan dalam kebanyakan negara Islam.

Pembaharuan bukan lagi satu pilihan. Di sana mesti dikuatkan azam untuk menzahirkan usaha bagi pemimpin-pemimpin dan dengan sokongan institusi-institusi masyarakat awam yang menjana perubahan dengan betul.

Walaupun kita bersetuju umat Islam mesti komited untuk berubah, persoalannya bagaimana kita boleh meneruskannya. Hubungan sebenar mestilah dipelihara. Kita tidak harus bermula dengan membina tembok pemisah antara kita dengan masyarakat , persekitaran , syarat, dan membuat pranilaian mengenai kumpulan-kumpulan dan pihak-pihak tertentu.

Halangan-halngan ini bukan sahaja untuk menguatkan prasangka lama dan terus menerus menyemai syak wasangka dan keraguan. Jika hal ini berlaku, maka pengertian 'universalisme Islam' tidak bermakna apa-apa, ia memerlukan nilai-nilainya keadilan, belas kasihan dan toleransi dipraktikkan di mana-mana.

Bolehkah kita terus menerus membuta mata untuk ketidakadilan yang dilakukan dalam negara-negara bukan Islam? Tidakkah kita juga harus merasa penderitaan minoriti lain di negara-negara Islam?

Dan kutukan kita menentang pencabulan hak-hak manusia perlu menjangkaui bangsa, warna kulit atau kepercayaan. Tetapi kita harus melakukan dengan baik untuk mengingat yang tiada negara, tiada rantau, dan tiada budaya atau agama mempunyai monopoli terhadap nilai-nilai kebebasan, keadilan dan kemuliaan manusia.

Jika kita menceburi dialog antara Islam dan barat , maka biarlah ia berdasarkan prinsip universal yang kita kongsi bersama.

Terima kasih.


AIDC menterjemah artikel ucapan Anwar Ibrahim bertajuk "Islam and the West after George Bush" yang disirakan di anwaribrahimblog pada 3 Jun 2009. Ucapan asal klik di sini



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Homoseksual : Malaysia silap hukum Anwar ? - The Jerusalem Post, Israel



Oleh : Amotz Asa-El , THE JERUSALEM POST

Hanya beberapa negara boleh ditawarkan kehidupan rutin seperti negara Israel berkaitan kekeliruan kemodenan dan primitif, kesucian dan kekotoran, bahang dan dingin. Di tempat mana lagi seseorang itu boleh meneruskan kehidupan daripada sebuah padang pasir yang tandus dan cahaya matahari yang panas membahang kepada tempat peranginan ski sejuk slalom, pergunungan Alp, daripada seorang ahli fizik nuklear makmal ke sebuah penjara maut terhormat, atau daripada satu perarakan jemaah haji yang serius turun ke Via Dolorosa untuk satu parti keasyikan yang dipenuhi dengan alkohol, dadah dan seks?

Sementara kita menghadapi Hamas di selatan, Hizbullah di utara dan Iran di timur, orang Yahudi masih mencari masa dan alasan untuk menentang satu sama lain. Oleh itu secara semula jadinya, Israel juga secara tidak langsung menjadi perintis dan penyebab kejatuhan masa depan golongan homoseksual, seperti yang ditunjukkan dalam peristiwa-peristiwa mutakhir ini.

Memandangkan pemimpin-pemimpin Israel agak keberatan untuk membenarkan satu perarakan riang kaum gay dalam kawasannya , dan larangan homoseksual secara rasmi dikuatkuasa sejak dua dekad sebelum Israel mencapai status taraf negara, rakyat cenderung berfikir bahawa pendirian Israel terhadap homoseksual adalah lebih cenderung kepada Timur Tengah berbanding dengan Eropah. Sebenarnya hujah itu tidak berasas.

Pada tahun pertama penubuhan negara Israel, peguam negara, Haim Cohn, memutuskan untuk mengabaikan undang-undang homoseksual walaupun dia diarahkan untuk menguatkuasakannya, dan dia mengabaikan daripada mengenakan tindakan terhadap mereka yang melakukan hubungan homoseksual.

Kepasifannya ini adalah sejajar dengan bidang kerja peguam negera, yang memutuskan sama ada kesalahan tertentu undang-undang sebenarnya harus diikuti dengan dakwaan ataupun tidak, dengan jelas, dia melonggarkan had-hadnya. Negara Israel tidak melarang mereka melakukan hubungan homoseksual, walaupun secara rasmi ianya haram.

Keputusan beraninya itu, disambut dengan sorakan gembira dari rakyat bahagian tengah Israel.

Dahulu semasa saya menjadi pengarang berita, saya bertemu satu foto telegram dari Kaherah yang memaparkan kumpulan homoseksual ditahan beramai-ramai. Kemudian saya mengikuti kes Mahathir Mohamad , pemimpin Malaysia memecat timbalan berbakatnya, Anwar Ibrahim, dan mendakwanya atas pertuduhan liwat serta memenjarakannya atas dasar "jenayah."

Ketika mengikuti cerita-cerita tersebut dari Mesir dan Malaysia, saya sentiasa berbangga dengan kebijaksanaan dan keberanian Haim Cohn, yang lebih ketara melindungi kaum homoseksual kerana dia seorang Yahudi yang tajam daya pemerhatian.

Sebenarnya, ketika ditanya oleh orang-orang Yahudi Amerika dalam sidang media, berkenaan dengan apa yang sepatutnya mereka berperanan terhadap larangan homoseksual di Timur Tengah, saya berkata mereka boleh melobi kumpulan homoseks yang berpengaruh di Amerika untuk menentang rejim-rejim Arab homofobia (ketakutan kepada homoseksual), dan untuk mengkontraskan apa yang terjadi di sana (Timur Tengah) dengan apa yang berlaku di sini (Amerika).

Berkaitan dengan perkara ini; Di Greenwich, New York Village yang sangat liberal, polis telah menyerbu sebuah bar gay pada musim bunga tahun '69. Kini perniagaan bar gay telah beroperasi secara bebas dalam semua bandaraya besar Israel, termasuk Baitulmuqaddis, sama seperti homoseksual di sini (Amerika) yang dibenarkan menyertai tentera dan perkhidmatan asing.

Berkenaan dengan bar gay di Manhattan - Stonewall Inn - pelanggan-pelanggannya telah melawan semula tindakan polis pada hari yang malang '69 itu, dan mencetuskan rusuhan-rusuhan lain yang akhirnya hak-hak pergerakan homoseksual telah diiktiraf. Satu acara khas dijadikan acara tahunan di New York iaitu sambutan "perarakan homoseks". Di tempat inilah merupakan asal idea perarakan homoseks.

Kita, orang - orang Yahudi secara refleks bersimpati dengan golongan gay yang menjadi mangsa prasangka, diskriminasi dan penindasan. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai masalah melanda dan golongan homoseksual terpaksa berjuang untuk keselamatan maruah mereka, sudah banyak dugaan yang dilalui oleh mereka, terpaksa bergelut untuk mempertahankan hak mereka.

Ini juga merupakan penyebab di mana golongan homoseksual mula berkurangan dan lelaki normal kian bertambah.

Serangan terhadap homoseksual yang paling teruk adalah mensasarkan kawasan awam - alam luas yang terletak di antara undang-undang, kerajaan dan norma-norma.

Bermulanya tuntutan-tuntutan sah untuk menempatkan homoseksual dalam jawatan awam berprofil tinggi kemudian bergerak kepada tuntutan-tuntutan untuk kebebasan perkahwinan pasangan homoseksual.

Jika lelaki dan wanita dibenarkan membayar satu negara - rabbi(ketua agama orang yahudi), secara logiknya, kenapa tidak tawaran sama diberikan kepada sepasang lelaki, dan jika seorang lelaki yang berkahwin dan wanita menerima tawaran ini atau bantuan gadai janji, mengapa tidak kepada sepasang wanita, dan jika satu pasangan lelaki wanita berhak mendapatkan elaun-elaun kanak-kanak, kenapa tidak kanak-kanak bagi sepasang homoseks?

Ini sudah tentu soalan-soalan rumit yang sukar untuk dijawab oleh masyarakat yang toleran menyelesaikannya dengan mudah. Walau bagaimanapun, kumpulan homoseksual akan melakukan dengan baik, menunaikan apa yang terbaik dari segi moral, tidak semestinya dari segi sosial, apatah lagi dari segi politik.

Dari segi sosial, heteroseksual (hubungan berlainan jenis) berpaksi kepada sel keluarga akan sentiasa kekal : asas keluarga manusia. Untuk memahami apa yang terjadi seterusnya perlu dirujuk kepada sejarah Eropah.

Di Eropah, sejarah sel keluarga untuk beberapa generasi dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kepentingan diri sendiri, anti kepaderian, budaya kerja dan dasar pengluasan kuasa kumpulan homoseks, seperti menyindir satu cerita dalam majalah Time baru-baru ini.

Dalam pada itu, tiada seorang pun dari kumpulan homoseksual yang mengisytiharkan perang terhadap keluarga tradisional, kadar kelahiran adalah negatif. Orang-orang Eropah kini menyedari terdapat satu pertembungan antara kemerosotan demografi mereka dan kemasukan pendatang - pendatang Islam yang mereka tidak ingini, dan orang -orang Eropah kini mula hidup tanpa memikirkan sejarah sel kekeluargaan mereka.

Aktivis pergerakan Gay akan berkata atas premis ini mereka menyokong pemadaman sejarah sel keluarga. Tetapi fakta itu, ramai yang berfikir akan mengancam mereka. Kepada mereka, serangan homoseks terhadap asas awam adalah satu masalah, kerana mereka menghormati masyarakat gay, manakala golongan homoseksual di Mesir membuatkan mereka tidak selesa, serta tidak mahu anak mereka membesar sebagai pasangan gay.

Secara politik, homoseksual universal merupakan satu gerakan perjuangan yang berkembang dengan pantas, menarik perhatian banyak pihak dan pihak pro keluarga akan menerima tindak balas yang hebat yang hanya menunggu masa, seperti sebahagian zaman post - liberal, selepas zaman gelap Eropah.

Baru-baru ini, di Israel, satu perarakan homoseks yang menggemparkan dengan penuh teka-teki. Kegigihan mereka berjuang mengenai hak-hak mereka di Israel yang sepatutnya mereka tinggal dengan aman . Itu adalah emosi yang mereka ketengahkan di Baitulmuqaddis mengenai provokasi sebahagian besar masyarakat lampau Baitulmuqaddis yang berfikiran orthodok.

Mereka bukan berarak hanya tiga jam, tetapi seumur hidup, rakyat bahagian tengah Israel telah meminjamkan mereka sebelah telinga, tetapi amatlah menyedihkan apabila mereka datang untuk menggangu bandar, masyarakat kehilangan sumber yang serius, toleran dan duniawi - rakyat merasakan bandar raya ini adalah tempat pencarian 'Sisyphean' untuk keseimbangan antara kepentingan hak minoriti dan majoriti.

Pada ketika ini disedari bahawa tindakan Haim Cohn dahulu merupakan model yang terbaik untuk Israel.


AIDC menterjemah artikel The Jerusalem Post, akhbar harian online Israel. Artikel asal klik di sini





Sila klik untuk baca selanjutnya...

'Saya hamba homoseksual Anwar' - kata bekas pemandu Wan Azizah



ASSOCIATED PRESS

KUALA LUMPUR : Dalam keterangan paling menarik berkenaan dengan isu rasuah dan seks Anwar Ibrahim sehingga kini apabila bekas pemandu isterinya membuktikan hari ini bahawa dia adalah ``hamba homoseksual'' Anwar.


Azizan Abu Bakar memberitahu mahkamah semuanya itu dalam satu kenyataan bersumpah dibuat pada 5 Ogos 1997 - apabila Anwar masih Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - adalah benar. Azizan, 38, diminta mahkamah membaca kenyataan itu.

``Dengan nama Allah ... Saya pernah menjadi seorang mangsa homoseks kepada Anwar Ibrahim, yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri,'' lafaz Azizan membuat pengakuan menyebabkan seluruh bilik mahkamah tergamam.

"Perbuatan durjana ini dilakukan beberapa kali pada tahun 1992 bukan dengan kehendak saya. Ia sering terjadi dalam hotel-hotel mewah ... tanpa pengetahuan orang awam dan isterinya"

Azizan adalah pemandu kepada isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail, dari tahun 1989 hingga 1992. Dia kini merupakan seorang eksekutif jualan dalam sebuah syarikat perdagangan.

"Saya telah cuba menentang diliwat dalam beberapa kali" Azizan meneruskan.

``Kejadian ini memberikan tekanan mental yang sangat teruk kepada saya. Perasaan bersalah apabila saya terpaksa melihat Azizah, yang seperti watak bermoral tinggi. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menjadi seorang hamba hubungan sejenis kepada lelaki ini, Anwar Ibrahim, yang saya anggap seperti seekor binatang.''

Liwat adalah satu jenayah yang banyak berlaku di negara Islam.

Anwar tidak menunjukkan tindak balas semasa keterangan saksi . Semasa waktu makan tengah hari, dia memeluk anak perempuannya manakala Azizah memandangnya dengan serius.

Saksi-saksi pendakwaan terdahulu, polis peringkat tertinggi dan pegawai-pegawai risikan telah membuktikan bahawa Anwar menggunakan kuasanya dengan memaksa polis mendapatkan surat penarikan balik daripada Azizan.

Walaupun Anwar menggunakan surat penarikan balik Azizan, yang telah dihantar kepada Mahathir, namun Azizan hari ini berjaya membuktikan bahawa dia berdiri teguh dengan kenyataan asalnya.

"Saya membuat kenyataan ini secara sukarela tanpa sebarang bentuk galakan, desakan atau tekanan daripada mana-mana pihak," Azizan berkata."Segalanya adalah benar, demi untuk masyarakat dan negara. Amin."

Terdahulu, hakim perbicaraan mahkamah tinggi, Augustine Paul , menghentikan buat sementara perbicaraan kerana peguam pembelabela kedua menarik perhatiannya dengan menuduh pihak pendakwa raya mengadakan bukti palsu terhadap Anwar.

Manjeet Singh Dhillon, mewakili Anwar serta bekas rakan tenisnya, Nallakaruppan Solaimalai didakwa melakukan penghinaan terhadap mahkamah, . Nalla, ketika dipanggil, dituduh memiliki peluru, yang membawa kepada hukuman mati mandatori.

Nalla ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sebelum penangkapan Anwar pada 20 September.

Pada Isnin lalu , satu waran telah dikeluarkan oleh mahkamah kepada Manjeet Singh selepas dia menulis sepucuk surat menuduh pendakwa berusaha memaksa Nalla dengan membuat satu tawaran rayuan dengan memberi keterangan palsu kepada Anwar.

Manjeet Singh dengan segera memohon maaf hari ini. Paul menerima maaf itu dan menyambung semula perbicaraan itu.

AIDC menterjemah artikel ASSOCIATED PRESS bertajuk " Former driver says he was Anwar's homosexual slave". Artikel asal klik di sini



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Organisasi Homoseksual Filipina (PROGAY) sokong Anwar Ibrahim



Kami Di sini, Kami adalah Homoseksual, Kita perlu tinggalkan Mahathir!

Organisasi Progresif Homoseksual di Filipina (PROGAY-Philippines) mengutuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, menyemarakkan semangat anti gay dalam pertuduhannya terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Anwar Ibrahim.


Sekali lagi, ramai lelaki homoseksual cintakan keamanan, dwiseksual, lesbian dan menukar jantina di Asia dan di tempat lain menjadi difitnah oleh fundamentalis yang sangat ekstrem .

Minoriti seksual di Malaysia telah dihancurkan oleh orang yang berniat jahat, nasionalis yang salah faham dan masyarakat yang fanantik dengan agama, malah lebih berbahaya fundamentalisme kerana imperealis ekonomi kini merosakkan patrimonies Asia Timur.

Orang lelaki homoseksual Filipina sangat bimbang dengan masyarakat Malaysia kerana kita berkongsi satu warisan Melayu yang antikolonial dan anti imperialis, negara yang ditindas oleh boneka rejim-rejim disokong oleh AS, penjajah British, Jepun dan lain angkatan tentera.

Kita berkongsi kesusahan dengan kerajaan-kerajaan bertentangan yang menyerang rakyat jelata, pekerja-pekerja dan para petani apabila rejim-rejim ini mengenakan dasar-dasar liberalisasi perdagangan kejam Tabung Kewangan Antarabangsa dan “General Agreements “pada Tarif dan Perdagangan - Pertubuhan Perdagangan Dunia (GATT-WTO).

Dalam kerjasama serantau , Dr Mahathir bersifat perkauman dengan rakan seperti Ferdinand Marcos, Filipina, Lee Kwan Yew, Singapura, Suharto, Indonesia, Chiang Kai Chiek, Taiwan dan rejim-rejim tentera Korea Selatan.

Janji-janji pembangunan dan menambahkan pendapatan, pencabulan hak asasi kemanusiaan yang komited pada pekerja-pekerja miskin, petani-petani, wanita dan pelajar-pelajar mendesak lebih pengagihan semula sumber yang demokratik.

Kita masih ingat dengan keberangan pembunuhan beramai-ramai pekerja-pekerja di Kwangju, pembunuhan beramai-ramai petani-petani di Manila dan Bacolod, rampasan kuasa berdarah di Jakarta, penghijrahan penghuni-penghuni hutan di Sarawak dan banyak kekejaman lain yang tidak dikenalpasti sehingga hari ini.

Kita bimbang dengan trend bersifat perkauman dan anti homoseks itu akan menyemarakkan kebencian di rantau lain seperti “One Nation Party “di Australia.

Ini yang dipanggil keajaiban ekonomi hanya menguntungkan oligarki dan penyokong asing dalam setiap negara, manakala gaji-gaji dan kerja-kerja meneruskan penurunan, para petani telah menjadi muflis daripada longgokan import-import pertanian murah dan berjuta-juta yang berhijrah telah dipaksa untuk menghambakan diri kepada luar negara hanya untuk menampung kerajaan mereka yang korupsi.

Doktrin ini disokong oleh IMF dan pengurangan peraturan kewangan yang diktator Asia akhirnya menyebabkan kemusnahan ekonomi.

Dengan impiannya untuk menukar rakyat Malaysia kepada robot-robot kebendaan, kini Malaysia menjadi satu mimpi buruk apabila berhadapan dengan bantahan awam besar-besaran , Mahathir dengan keras mahu memesongkan rakyat dengan menyemarakkan ketidakpuasan hati terhadap En Anwar yang dikatakan biseksual .

Percubaan menjana semangat anti homoseksual adalah sia-sia, dan kebencian digunakan untuk terus menjauhkan Mahathir dari politik.

Progay juga mengecam Mahathir yang hipokrit terhadap hegemoni Jepun di Asia lebih dari hegemoni AS seperti zaman Greater Eastern Co-Prosperity Zone di mana Jepun yang diagung-agungkan lebih kepada boneka rejim-rejim Asia dalam pembunuhan dan mengeksploitasi rakyat Asia.

Perdana Menteri tersalah percaturan dengan memberi martabat kepada rakyat militan dalam menjalankan pergerakan untuk pembebasan gay di Malaysia.

Kita menuntut agar Dr Mahathir dan kroni-kroninya yang menolak anti homoseks memaafkan semua minoriti seksual dan mangsa-mangsa hak-hak ekonomi dan politik di Malaysia, pembebasan semua banduan politik, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, mengarahkan tentera dan polis ke berek dan membuka negara polis, dan secara serentak meletakkan jawatan.

Orang homoseksual di Filipina dan warganegara lain dengan penuh rasa hormat menyeru semua kuasa-kuasa demokratik di Malaysia yang telah menolak dan mengecam ketidakadilan “witchhunting” dan “gaybaiting” adalah taktik-taktik oleh pihak berkuasa bukan sahaja kepada En Anwar tetapi juga kepada semua homoseksual, lesbian, dwiseksual dan menukar jantina rakyat.

Kita meminta supaya anda berjaga-jaga sepenuhnya sehingga masyarakat demokratik di Malaysia sedar.

Kita meminta rakyat Malaysia di mana sahaja memperhebatkan sokongan mereka untuk homoseks, lesbian, biseks dan menukar jantina rakyat serta mendalamkan pemahaman mereka bagi globalisasi imperialis yang sebenarnya perlu dipersalahkan untuk masalah-masalah itu dihadapi oleh ekonomi serantau.

Kita meminta demokratik dan anti imperialis di seluruh dunia untuk menyertai rakyat Malaysia, di “Asia Pasifik Peoples Assembly” pada bulan November tahun ini bagi menentang tumbuhnya fasisme rejim Mahathir serta mendedahkan kepada pegawai mesyuarat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Berhadapan dengan Mahathir yang menggunakan kekerasan, homofobia dan maklumat salah, kita meminta rakyat untuk memulau produk dan perkhidmatan-perkhidmatan syarikat-syarikat Malaysia.

Kami homoseks berasa bangga, dan sama-sama dengan rakyat jelata Australasia, Afrika, Amerika dan Eropah, kita akan terus berjuang untuk perubahan sosial, menggalakkan hak-hak manusia dalam tindakan untuk homoseksual, lesbian, biseks dan menukar jantina.

KENYATAAN MEDIA
27 September 1998

AIDC menterjemah kenyataan media The Progressive Organization of Gays in the Philippines (PROGAY-Philippines). Kenyataan asal klik di sini



Sila klik untuk baca selanjutnya...

Undang - undang homoseksual di Malaysia perlu dipinda - Anwar Ibrahim



Daripada Agence France-Presse

KUALA LUMPUR — Undang-undang mengenai homoseksual di Malaysia hendaklah dipinda, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang didapati bersalah dan hukuman penjara sembilan tahun, tetapi dibebaskan kerana berjaya dalam rayuan kes liwat.

Anwar, yang menghabiskan enam tahun di penjara menghadapi satu pertuduhan yang berasingan telah menghina kedudukannya dengan menyembunyikan kesalahan homoseks, bersuara mengenai satu isu “sensitif” dalam temubualnya.

Anwar, seorang ahli politik popular yang dijangka menjadi Perdana Menteri Malaysia pada ketika ini, setelah penangkapannya pada 1998, yang diada-adakan untuk membinasakan kerjaya politiknya.

Tetapi ketika ini beliau berkeras mengatakan dia tidak bersalah dan menyeru orang ramai terutamanya Muslim membangkang homoseksual, katanya rahsia rakyat diperlukan untuk dilindungi.

“Dalam pandangan umum, kalangan umat Islam dan banyak bukan Islam yang saya tahu, homoseksual adalah tidak diterima pakai,” katanya. “Sudah mencukupi. Tetapi di sini soalannya adalah bagaimanakah anda menggunakan undang-undang dan mengganggu rahsia rakyat dan pilihan individu mereka sendiri?"

“Ini merupakan batas-batasnya. Saya rasa jika rahsia individu didedahkan mungkin tidak menyenangkan, tetapi saya memikirkan undang-undang hendaklah dipinda.

“Isu itu (homoseksual)adalah pencerobohan rahsia (hak asasi individu), dan oleh itu, kita perlu mempunyai pelindung bagi memastikan undang-undang tidak melibatkan kumpulan-kumpulan pelampau yang berusaha memesongkan pendapat-pendapat mereka atau nilai-nilai luar di skop undang-undang.

“Jadi saya menyarankan agar dibuat hukum umum terhadap homoseksualiti. Saya memikirkan kaitan dengan ajaran-ajaran Islam dan juga amalan budaya rakyat Malaysia. Saya kira, kita perlu ingat pencerobohan rahsia (individu) itu adalah sesuatu perkara yang perlu dinilai semula .”

Isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail, adalah seorang ahli Parlimen pembangkang, Parti Keadilan Rakyat yang bertujuan untuk membela Anwar selepas dia dipecat sebagai TPM oleh Mahathir bin Mohamad.

Dia satu-satunya anggota parti untuk menjuarai satu kerusi dalam pilihan raya-pilihan raya umum (2004) di mana parti pembangkang telah kalah di tangan lelaki yang mengambil tempat Anwar sebagai pengganti Mahathir, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar berkata dia tidak berdendam terhadap Mahathir.

“Saya rasa Mahathir mungkin membuat pertuduhan-pertuduhan sebegini disebabkan oleh sentimen luar dan dia terus dihantui oleh sentimen mengenai homseksual ” kata Anwar.

Anwar bercakap penuh semangat mengenai pembangunan tempatan dan antarabangsa sejak pemenjaraannya. Dia mengkritik Presiden George W Bush dan pengendalian peperangannya tetapi sekali lagi berhati-hati bila ditanyakan hak-hak homoseksual yang menjadi isu dalam pilihan raya AS mutakhir ini.

Beberapa pengulas telah menyebabkan pemilihan semula Presiden Bush dan sebahagiannya membangkang perkahwinan antara homoseksual dihalalkan di Amerika.

“ Perkahwinan gay terlalu jauh sedikit,” kata Anwar. “Saya seorang yang liberal dalam banyak perkara tetapi saya memikirkan perkhawinan gay agak sedikit jauh.



AIDC menterjemah artikel International Herald Tribune. Artikel asal klik di sini




Sila klik untuk baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim tolak Negara Islam dan Syariah?



Oleh Anwar Iqbal, UPI South Asian Affairs Analyst

Washington, DC, 6 April (UPI) - Umat Islam tidak akan dihormati melainkan mereka memperolehi keamanan dan keadilan dalam kesatuan mereka sendiri, kata Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketika dtemu bual oleh United Press International (UPI) di Washington.


Anwar Ibrahim adalah bakal pengganti Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad yang lama berkhidmat (22 tahun) yang bersara pada Oktober 2003. Tetapi Anwar tidak sempat mengambil alih jawatan PM. Mahathir telah menyingkirkannya pada tahun 1998 dan menghantarnya ke penjara selepas mensabitkannya melakukan salah laku liwat.

Sabitan kesalahan itu akibat cabaran kepimpinan yang tersirat dalam perhimpunan agung UMNO, ketika Mahathir mempersalahkan Anwar Ibrahim dan pengikutnya.

Pada 9 Feb 2004, Mahkamah Tertinggi Malaysia membebaskan Anwar Ibrahim dan menggugurkan tuduhan-tuduhan liwat terhadapnya.

Kumpulan-kumpulan hak manusia antarabangsa telah menolak tuduhan-tuduhan ini kerana motivasi dari segi politik dan sokongan antarabangsa telah mengisytiharkan Anwar Ibrahim seorang banduan yang teraniaya.

Anwar Ibrahim kini di Washington, dikaitkan dengan Johns Hopkins University School Advanced International Studies (SAIS) sebagai seorang "felo pelawat senior kehormat " dan dia berharap dapat membawa isterinya dan keluarganya sekali ke Amerika.

Anwar memberitahu UPI bahawa negara-negara Islam terus mengalami krisis kepimpinan kerana mereka tidak mempunyai institusi-institusi (kebebasan?). Dia tidak bersetuju dengan pendapat bahawa Islam itu mencegah umat Islam daripada membangunkan institusi-institusi (kebebasan?).

"Umat Islam akan membina institusi-institusi (kebebasan?) jika diberi kebebasan berbuat demikian," katanya.

"Media bebas dan badan kehakiman bebas," jawab Anwar ketika ditanyakan apa yang dimaksudkan kebebasan yang diperlukan untuk membina institusi-institusi.

"Apakah makna kepimpinan jika ia tidak mewakili suara hati majoriti?" dia bertanya kembali.

Dia tidak bersetuju dengan hujah mengatakan negara-negara Islam gagal untuk membina institusi-institusi.

"Zimbabwe bukan salah sebuah negara Islam," dia menambah lagi. Zimbabwe adalah lebih kepada Negara Dunia Ketiga berbanding fenomena Islam.


UPI : Tetapi terdapat kegagalan umat Islam dalam kumpulan ini mengiktiraf pengikut agama - agama lain.

Anwar: Ya, dan umat Islam perlu memahami bahawa mereka tidak boleh mendapatkan kehormatan hanya melalui dakwah Islam sahaja. Selagi mereka tidak mempunyai keamanan dan keadilan, mesej mereka tidak akan bergema. Rakyat tidak akan dapat melihatnya.


UPI : Adakah terdapat negara-negara Islam bergerak ke arah matlamat-matlamat (kebebasan?) ini?

Anwar : Satu transformasi aman terhadap kebebasan dan demokrasi telah berlaku di Indonesia. Pihak media di sana mendedahkan rasuah dan menyokong satu badan kehakiman ditubuhkan. Terdapat juga perkembangan positif di Turki. Walaupun di Turki, mereka perlu memastikan kebebasan itu selari dengan kerangka perlembagaan mereka serta tidak mengancam tentera.


UPI : Adakah media bebas sahaja cukup untuk membawa umat Islam keluar dari masalah (kebebasan) itu ?

Anwar : Media yang bebas adalah satu perkara. Pilihan raya yang adil dan bebas amat diperlukan. Kita wajib mempunyai kedaulatan undang-undang (sekular?), satu badan kehakiman bebas, digandingkan dengan pentadbiran yang baik.

UPI : Berkaitan dengan dakwah Islamiah apabila dilaksanakan ianya berpandukan sudut pandangan mereka, dan mereka mewujudkan sebuah kerajaan seperti Taliban.

Anwar : Saya tidak pernah menyatakan bahawa pandangan Taliban mewakili sentimen-sentimen orang Islam atau Islam itu sendiri. Ia isu kontroversi bagaimana Taliban telah ditubuhkan dan disokong. Taliban gagal mengendalikan negara, ekonomi dan institusi-institusi itu dengan baik. Taliban tidak mewakili konsep pentadbiran Islam.


UPI : Tetapi perkara sama juga berlaku di Iran?


Anwar : Iran adalah berbeza. Di Iran, terdapat satu keghairahan (dari kalangan intelektual) dan euforia untuk perubahan semasa rejim Shah. Tetapi revolusi telah berhenti (kerana golongan ulama lebih berpengaruh) dan didapati terdapat banyak percanggahan dalaman.

Saya percaya rakyat Iran itu mempunyai peranan besar jika mereka mengambil langkah memperbaikinya ke arah yang betul. Saya memilih untuk melihat secara dalaman dan menyelesaikan masalah-masalah itu.

UPI : Tetapi adalah sukar untuk menafikan bahawa pihak-pihak Islam tidak berkelayakan untuk mentadbir sebuah kerajaan?

A. Saya tidak bersetuju dengan penyataan itu. Bagaimana boleh kita mendakwa Taliban mempunyai satu ideologi Islam? Ideologi mereka adalah berlainan daripada kepercayaan dan ideologi orang-orang Mesir, Malaysia dan masyarakat Islam lain.


Q. Dalam tahun 1980-an, dunia Islam kelihatan tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan keghairahan pihak agama hendak menubuhkan negara-negara Islam. Tetapi pada tahun 2005, dunia Islam kelihatan kembali liberal seperti yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin Islam sekular pada 1950-an dan 60-an.

A. Saya rasa saya telah mendapat manfaat daripada kesusasteraan yang dihasilkan oleh kumpulan-kumpulan tersebut dan daripada pendedahan idea-idea daripada pemimpin-pemimpin dunia Islam, menjadikan Ikhwan di dunia Arab atau Jamaat-e-Islami di Pakistan. Tetapi saya percaya tuntutan-tuntutan pada masa itu telah berubah. Mereka mesti teruskan dan melakukan pembaharuan. Saya tidak percaya anda harus membuat penilaian mengenai peranan-peranan mereka berdasarkan sekatan tertentu. Saya tidak percaya orang Islam telah meninggalkan Islam, walaupun mereka mungkin tidak menyokong beberapa pihak berkenaan dalam satu-satu perkara.

Dunia Islam telah ditadbir oleh pihak-pihak sekular, dan mereka telah mengamalkan rasuah dan penindasan keterlaluan. Kita harus mara dengan idea-idea Islam, menerima nilai-nilai daripada timur dan barat.


UPI. Jadi anda percaya bahawa "Negara Islam" masih wujud?

Anwar : Bergantung kepada apa yang anda maksudkan dengan sebuah Negara Islam. Sebuah Negara Islam mesti bebas. Ia harus menghormati kemuliaan manusia(hak asasi manusia). Ia perlu membersihkan kotoran umat Islam itu dan membiarkan mereka mencari diri mereka.

Sebuah negara Islam itu perlu memperjuangkan orang miskin dan menyediakan mereka dengan perumahan yang sesuai, pendidikan bermutu dan baik, berdasarkan prinsip-prinsip bagi hukum syarak.


UPI. Jadi anda mengatakan bahawa Sharia (hukum-hukum syarak itu) masih boleh diamalkan?


Anwar : Sekali lagi, ia bergantung kepada bagaimana anda mentakrifkan Sharia. Apa tujuan Sharia? Bagi membawa kestabilan dan pentadbiran yang baik.


UPI. Ya, tetapi bagaimana dengan tudung dan hukuman berat?


Anwar : Saya tidak percaya umat Islam harus menitikberatkan pada isu-isu ini, dan melupakan jenayah-jenayah berat seperti rasuah dan penindasan.

Pada saya, tujuan Sharia adalah bagi membawa perintah dan keadilan. Anda tidak sepatutnya mengambil pendapat-pendapat dan tafsiran-tafsiran agama yang ketat.



UPI : Berdasarkan kepada pengalaman anda sendiri di Malaysia, boleh anda jelaskan mengapa pemimpin-pemimpin Islam berasa sangat tidak selamat?

A. Para pemimpin adalah tidak selamat, mengambil kesempatan dan rasuah. Sistem itu tidak cukup demokratik. Jika anda ada kuasa, tiada sesiapa akan menyoal anda. Saya sebahagian daripada sistem tersebut, kerana saya adalah Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 hingga 1998 dan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1990 hingga 1998.

Jika anda hidup di dalam satu rumah kaca, anda akan merasa tidak selamat. Anda mula menahan rakyat daripada bertindak. Tidak terdapat undang-undang dan ketenteraman. Bagaimanakah anda boleh menjangka di Zimbabwe bahawa Robert Mugabe akan meletakkan jawatan atau diktator Filipina, bekas Ferdinand Marcos akan menyerahkan kuasa?

Itulah sebab mengapa satu sistem yang baik perlu untuk para pemimpin juga, mereka akan dapat bersara dan tinggal dengan aman.


UPI : Adakah anda akan kembali ke Malaysia?

Anwar : Saya tidak boleh hidup di Malaysia. Kerajaan bertindak menindas. Pihak media adalah seratus peratus diawasi oleh kerajaan dan mereka masih mendakwa mewakili Islam sederhana (moderat).


UPI : Adakah rakyat negara anda percaya tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepada anda?

Anwar : Saya harus mengatakan bahawa walaupun bertahun-tahun mereka berkempen menentang saya, kebanyakan orang tidak percaya dengan tuduhan-tuduhan itu. Saya pergi ke masjid dan kampung-kampung dan beribu-ribu orang datang untuk mendengarkan ucapan saya. Mahkamah juga menggugurkan tuduhan-tuduhan saya.


UPI : Adakah menjejaskan keluarga anda?

Anwar : Anak-anak saya kuat. Saya telah memberikan amaran kepada mereka , menjelaskan bahawa tuduhan-tuduhan itu adalah kempen-kempen politik kotor. Isteri saya betul-betul menolong, menjelaskan kes ini ke seluruh dunia.


UPI : Adakah anda percaya terdapat kepimpinan demokratik akan muncul dalam dunia Islam?

Anwar : Jika anda membenarkan sedikit kebebasan dan pilihan raya yang adil, rakyat akan bergerak dan memilih untuk memperbaiki pemimpin-pemimpin yang ada. Perbuatan melampau pemimpin-pemimpin semasa itu akan didedahkan kepada umum.



UPI : Mengapa umat Islam tidak mempunyai pemimpin seperti pemimpin India iaitu Mahatma Gandhi?

Anwar : Ini kerana mereka tidak pernah diberi peluang. Saya menilai penyair Asia Selatan, Mohammed Iqbal seperti seorang ahli falsafah agung dan pengasas Pakistan, Mohammed Ali Jinnah seperti seorang pemimpin besar.

Kita punya pemimpin yang telah terbunuh atau dipenjarakan. Ingat, Gandhi muncul dalam zaman penjajahan. Ia akan lebih sukar untuk mempunyai satu pemimpin sepertinya kini, walaupun kini India adalah lebih demokratik.


UPI : India mungkin masih merupakan salah satu Negara Dunia Ketiga yang miskin dan mereka ada demokrasi dan undang-undang. Mengapa tidak di negara - negara Islam?


Anwar : Tidak ada pernyataan dalam Islam yang mencegah demokrasi. Apa yang berlaku adalah pembersihan penyalahgunaan agama.


AIDC menterjemah artikel yang disiarkan dalam forum kebebasan beragama (Forum FaithFreedom.org) bertajuk Q&A: Former Malay deputy PM Anwar Ibrahim. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sekularisme: Zaid Ibrahim pilihan terbaik sokong Anwar



Oleh Proarte, Malaysiakini

Saya merujuk Laporan Malaysiakini iaitu “Keluarkan Zaid dari Pakatan”

Walaupun saya merasakan falsafah Zaid Ibrahim menjadi satu semangat berkeluarga DAP, dan DAP akan memperoleh manfaat yang terlalu besar apabila dia menyertai mereka, saya rasakan bangsa Melayu memerlukan pihak yang gagah untuk bangkit serta bersuara lantang berkaitan sekularisme.


Oleh itu, saya rasa peranannya lebih berfungsi dalam PKR. PKR adalah satu parti berasakan melayu dan ahli-ahlinya telah menolak Ketuanan Melayu dan Ketuanan Islam di mana aspek-aspek keduniaan perlembagaan kita telah dengan sengaja diketepikan atau ditindas demi kepentingan kuasa politik.

Bukan Islam dalam PKR tidak bersedia untuk bersuara lantang dalam isu ini kerana bimbang akan kehilangan jawatan-jawatan mereka. Kita mempunyai satu mekanisme 'MIC' dan 'MCA' dalam PKR di mana orang India mengambil kesempatan untuk politik mereka manakala pemimpin-pemimpin Cina mengikut rentak Anwar Ibrahim.

Anwar, seperti yang kita tahu, adalah 'semua perkara untuk semua manusia dan mengenai sekularisme yang hanya tidak akan melakukan apa-apa. Dia tidak mempunyai keberanian dari segi moral'

Anwar mempunyai satu kecenderungan mempertahankan beliau tidak terikat dengan 'cauvinisme Islam' apabila kondisinya tidak begitu baik dalam propaganda politik dan kemudian membuat ucapan-ucapan mengenai kesungguhannya terhadap Thomas Jefferson, bapa sekularisme Amerika ketika beliau berada di luar negara di hadapan orang bukan Islam.

Anwar sebenarnya perlu memberitahu perkara yang sebenar. Zaid Ibrahim akan memainkan peranan yang lebih hebat. Dia akan memberikan keyakinan kepada Anwar untuk mengambil sekularisme sebagai senjata dalam pertempuran politik di negara ini.

Saya percaya bahawa dengan membuang sekularisme di Malaysia, pasti akan menjurus kepada sebuah masyarakat yang rapuh dan tidak stabil.

Malaysia adalah salah satu daripada negara yang mempunyai msyarakat berbilang kaum dalam dunia di mana terdapat pelbagai kaum, budaya-budaya, agama-agama serta makmur.

Malangnya, sejarah telah membuktikan bahawa faktor agama telah memecahbelahkan manusia dan telah menyebabkan perperangan dan kematian.

Tiada ruang untuk perbahasan apabila ia sedar “Hukum tuhan” sebagaimana setiap agama yang mempercayai kewujudan Tuhan.

Menjelaskan Islam kepada individu yang tidak menghormati atau meyakini nilai-nilainya adalah satu cara membersihkan identiti Islam yang suci dan merupakan resipi kesepaduan untuk mengelakkan perselisihan. Ini merupakan sebab mengapa perlembagaan Malaysia mewujudkan satu dokumen sekular

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini kita pernah melihat desakan-desakan yang tidak mampu menyekat hak-hak kita kerana dijamin oleh perlembagaan.

Pemahaman yang salah mengenai Islam agama individu yang tidak mahu memahami adalah satu kebimbangan besar dan telah merebak serta memberikan implikasi-implikasi buruk kepada hak-hak manusia dan perpaduan di Malaysia.

Puncanya adalah tidak memahami dengan jelas isi perlembagaan dan sifat pengecut atau prasangka sebahagian hakim-hakim mahkamah awam Islam.

Jika kita tidak boleh bergantung kepada hakim-hakim bagi memohon pengadilan yang sepatutnya dalam konteks perlembagaan, maka tak hairanlah kita diperkecilkan.

Kes-kes 'murtad' Revathi, Sharmila, Lina Joy dan banyak lagi yang belum selesai merujuk kepada kebebasan, keadilan, kebebasan maruah dan kebenaran apa ?

Jika kita tidak menyelesaikan isu-isu ini, kita akan terus menjadi sebuah masyarakat yang lumpuh serta diperintah oleh penjenayah di sebalik kewarakan Islam yang penuh kepuraan.

Zaid Ibrahim akan menjadi yang pertama untuk mengatakan 'Saya Melayu Dan Islam Walaupun Sekular' dan mungkin ini sepatutnya lebih sesuai dijadikan tajuk untuk buku barunya.


AIDC menterjemah artikel "Secularism: Zaid a good choice to back up Anwar" oleh Proarte dari Malaysiakini. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Lelaki homoseksual tidak layak jadi PM Malaysia - Dr Mahathir



Oleh Anthony Cuesta

Seorang homoseksual tidak layak berada di tampuk pemerintahan Negara Islam terutama Negara Malaysia, Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad berkata dalam satu pemfailan mahkamah, beliau mencabar satu kes terhadap bekas timbalannya yang telah disingkirkan semasa kes pertuduhan liwat yang masih dalam perbicaraan.

"Saya dengan kuat percaya kita tidak boleh mempunyai seorang Perdana Menteri yang merupakan homoseks," Mahathir berkata dalam penyataan setebal 48 halaman yang disiarkan sabtu lalu oleh The Associated Press. "Malaysia adalah secara rasmi sebuah Negara Islam."

Menurut Associated Press, Mahathir memecat timbalannya, Anwar Ibrahim pada 1998 menuduh dia terlibat dalam rasuah dan telah terlibat dalam kes liwat yang merupakan satu perbuatan yang dilarang di Malaysia .

Selepas itu, Anwar secara terbuka mengecam polisi-polisi ekonomi Mahathir semasa krisis kewangan Asia.

Anwar telah dijatuhkan hukuman penjara hingga 15 tahun berdasarkan tuduhan rasuah dan liwat pada 1998. Anwar berjaya membuat rayuan di mahkamah terhadap pertuduhan serta mengenepikan sabitan liwat yang membolehkannya dibebaskan pada 2004.

Laporan-laporan AP yang dalam kenyataannya, Mahathir berkata, dia tahu bekas timbalannya homoseks kerana jurucakap Anwar, Munawar Ahmad Anees, mengakui di mahkamah yang dia telah melakukan hubungan liwat bersama Anwar.

Munawar menjalani hukuman penjara enam bulan di dalam penjara akibat perbuatan tersebut.

Menurut The New Strait Times, pada 27 Jan tahun lepas, Anwar memfailkan satu saman fitnah terhadap Mahathir kerana menuduhnya melakukan hubungan liwat. Anwar mengatakan Mahathir mengemukakan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah pada sidang akhbar di Suhakam pada 9 September 2005.

Anwar mendakwa kenyataan mengenai dirinya seorang homoseksual serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti bertentangan dengan Islam, merupakan seorang yang sesat, tidak bertimbang rasa, berbaur unsur jenayah dan adalah berbahaya terhadap masyarakat Malaysia, lapor Times.

Mahathir bersara pada 2003 selepas memerintah selama 22 tahun.

AIDC menterjemah artikel Anthony Cuesta yang disiarkan dalam portal Gay (GayWired.com). Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

. PENGAKUAN BERSUMPAH ......saya diliwat - Mior Abd Razak bin Yahya

. Anwar perlu buktikan bukan homoseksual

. Anwar Ibrahim peliwat Azizan Abu Bakar

. Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran

. Jangan dewakan peliwat – Dr. Chandra

. Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?

. Setelah "Reformasi" tumbangkan "diktator" : Berjayakah projek liberalisme di Indonesia ?

. Adakah Anwar Ibrahim homoseksual ?

. Alim Ulama Tidak Di Belakang Anwar

. Kisah liwat bermula dari adik angkat

. Lagi 40 hari..mohon bimbingan dan doa - Saiful Bukhari


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Lelaki homoseksual tidak layak jadi PM Malaysia - Dr Mahathir



Oleh Anthony Cuesta

Seorang homoseksual tidak layak berada di tampuk pemerintahan Negara Islam terutama Negara Malaysia, Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad berkata dalam satu pemfailan mahkamah, beliau mencabar satu kes terhadap bekas timbalannya yang telah disingkirkan semasa kes pertuduhan liwat yang masih dalam perbicaraan.

"Saya dengan kuat percaya kita tidak boleh mempunyai seorang Perdana Menteri yang merupakan homoseks," Mahathir berkata dalam penyataan setebal 48 halaman yang disiarkan sabtu lalu oleh The Associated Press. "Malaysia adalah secara rasmi sebuah Negara Islam."

Menurut Associated Press, Mahathir memecat timbalannya, Anwar Ibrahim pada 1998 menuduh dia terlibat dalam rasuah dan telah terlibat dalam kes liwat yang merupakan satu perbuatan yang dilarang di Malaysia .

Selepas itu, Anwar secara terbuka mengecam polisi-polisi ekonomi Mahathir semasa krisis kewangan Asia.

Anwar telah dijatuhkan hukuman penjara hingga 15 tahun berdasarkan tuduhan rasuah dan liwat pada 1998. Anwar berjaya membuat rayuan di mahkamah terhadap pertuduhan serta mengenepikan sabitan liwat yang membolehkannya dibebaskan pada 2004.

Laporan-laporan AP yang dalam kenyataannya, Mahathir berkata, dia tahu bekas timbalannya homoseks kerana jurucakap Anwar, Munawar Ahmad Anees, mengakui di mahkamah yang dia telah melakukan hubungan liwat bersama Anwar.

Munawar menjalani hukuman penjara enam bulan di dalam penjara akibat perbuatan tersebut.

Menurut The New Strait Times, pada 27 Jan tahun lepas, Anwar memfailkan satu saman fitnah terhadap Mahathir kerana menuduhnya melakukan hubungan liwat. Anwar mengatakan Mahathir mengemukakan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah pada sidang akhbar di Suhakam pada 9 September 2005.

Anwar mendakwa kenyataan mengenai dirinya seorang homoseksual serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti bertentangan dengan Islam, merupakan seorang yang sesat, tidak bertimbang rasa, berbaur unsur jenayah dan adalah berbahaya terhadap masyarakat Malaysia, lapor Times.

Mahathir bersara pada 2003 selepas memerintah selama 22 tahun.

AIDC menterjemah artikel Anthony Cuesta yang disiarkan dalam portal Gay (GayWired.com). Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

. PENGAKUAN BERSUMPAH ......saya diliwat - Mior Abd Razak bin Yahya

. Anwar perlu buktikan bukan homoseksual

. Anwar Ibrahim peliwat Azizan Abu Bakar

. Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran

. Jangan dewakan peliwat – Dr. Chandra

. Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?

. Setelah "Reformasi" tumbangkan "diktator" : Berjayakah projek liberalisme di Indonesia ?

. Adakah Anwar Ibrahim homoseksual ?

. Alim Ulama Tidak Di Belakang Anwar

. Kisah liwat bermula dari adik angkat

. Lagi 40 hari..mohon bimbingan dan doa - Saiful Bukhari


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Washington berharap Anwar Ibrahim Pelindung Menentang Islam Penindas



Oleh : Lennart Lehman

Ketegangan etnik, masalah ekonomi - pemerhati percaya Malaysia kini berada pada satu persimpangan genting. Pembebasan awal bekas Timbalan Perdana Menteri, yang dipenjarakan kerana rasuah, mewujudkan spekulasi hangat.

Pembebasan bekas Menteri Kewangan Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri iaitu Anwar Ibrahim dari penjara telah menarik minat pemerhati-pemerhati luar negara untuk melihat suasana di Malaysia.

Selepas UMNO, yang telah memerintah negara itu untuk lima puluh tahun lepas, menafikan kedudukan Anwar Ibrahim di dalam parti itu, kini bercadang untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Menurut jurucakap dan wakil sahnya, Sivarasa Rasiah, yang merupakan "Zentrum Moderner Orient" ("Pusat untuk Kajian-kajian Timur Moden") ketika dijemput berucap di Berlin, "Parti Keadilan" (PKR) yang baru akan mempertahankan demokrasi dan kemajmukan, ia akan menyatukan "Parti Keadilan Nasional" (PKN) yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim pada 1998.

"Ini merupakan sesuatu baru, kerana politik di Malaysia kini lebih menjurus kepada karakter masyarakat," kata saintis politik Malaysia, Farish A Noor.

Sehingga sekarang parti-parti di sini mewakili kaum tertentu atau kumpulan-kumpulan keagamaan dalam negara periuk lebur ini (negara ini mebgalami kekacauan dan menuju kehancuran). Dan di sini kerap berlaku pertempuran kejam antara penduduk Muslim-Malaysia dan minoriti Cina.

Penolakan Terhadap Radikal Islam

"Pihak Pemerintah dengan sengaja menimbulkan ketegangan antara kumpulan-kumpulan dalam negara ini untuk membenarkan langkah-langkah politiknya yang represif(menindas). Sebuah negara moden yang mempertahankan kuasanya menggunakan taktik-taktik pramoden. Krisis Asia 1998 secara tiba-tiba mendedahkan usaha-usaha dalaman berkenaan sistem ini. Sehingga pada waktu itu diktator Asia yang represif itu telah berupaya menyembunyikan taktik-taktik dalaman di belakang kejayaan ekonomi dan slogan 'Cara Asia' diikuti oleh yang dipanggil “Negeri Harimau”.

Anwar Ibrahim kini bercadang untuk mengubah semua ini. Bagaimanapun, Parti Keadilan Nasional, yang diteruskan dan berkembang di bawah isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah, semasa pemenjaraannya, mempunyai satu waktu yang sukar untuk menangani isu-isu itu.

Sebagai sebuah parti pembangkang, parti itu mengalami masalah untuk menyatu-padukan ahli kepelbagaian kepentingan dan bertentangan antara satu sama lain.

"Ia amat genting kerana bagi memastikan kejayaan parti ini, ia bergantung sama ada Anwar Ibrahim berjaya mengambil satu pendirian tegas, untuk menolak Islam radikal dan pada masa yang sama menawarkan majoriti Islam satu wawasan alternatif yang menarik," ulas Farish Noor.

Ini memerlukan Anwar Ibrahim untuk menguasai satu tindakan yang mengimbangi kehendak semua pihak. Dia dianggap di seluruh dunia sebagai seorang ahli politik Islam yang progresif (berdaya maju), dan kedua-dua pihak di Kuala Lumpur dan Washington berharap agar Anwar Ibrahim dapat melaksanakan usaha membendung Islam radikal.


Anwar : Daripada aktivis Islam Kepada aktivis Falsafah

Anwar Ibrahim memulakan kerjayanya sebagai seorang aktivis Islam dengan hubungan yang baik apa yang berlaku di arena antarabangsa. Semasa krisis 1998, Anwar menyokong cadangan-cadangan penggabungan yang diutarakan oleh Bank Dunia, yang ditentang hebat oleh Perdana Menteri pada masa itu, Mahatir Mohamad.

Adakah ini membantu dia untuk mendapatkan sokongan minoriti Cina dan India di Malaysia dan menjadi satu saingan kuat untuk parti pembangkang Islam yang utama (PAS)?

"Anwar Ibrahim adalah satu-satunya ahli politik di Malaysia, yang dipercayai dapat mewakili satu pendirian anti perkauman, kerana dia datang daripada tempat Muslim Melayu begitu dominan," kata Farish Noor.

Jurucakap Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah, menggambarkan ahli politik itu sebagai satu lelaki yang memberi harapan, reflektif, yang memiliki falsafah dan diingini oleh semua kerana Anwar telah meninggalkan politik Islam pada tahun 70-an.

"The Islamization advancing today in Malaysia is a global phenomenon. Democratization is the key to ending the vicious circle of Islamization and repression. We need to encourage open democratic discourse. To date there has been no public space in Malaysia where this could take place."

"Pengislaman yang semakin maju di Malaysia hari ini adalah satu fenomena global. Pendemokrasian adalah kunci untuk menghentikan lingkaran ganas Islam dan penindasan. Kita perlu menggalakkan wacana demokratik terbuka. Sehingga kini tidak ada kawasan awam di Malaysia boleh berlaku."


Kepercayaan Negara Telah Musnah

Perkembangan di Malaysia memainkan peranan penting dalam masa depan Asia, kerana negara ini masih kelihatan sebagai model kepada rantau ini. Walaupun negara berada dalam beberapa kejayaan terutama aspek ekonomi, jentera pentadbiran negara masih dianggap menindas.

"Nampaknya penangkapan Anwar Ibrahim pada 1998, telah membangunkan pembangkang yang kuat untuk Mahathir, dia menyebabkan kepercayaan rakyat kepada pentadbiran negara, politik dan polis musnah ," menurut Farish Noor.

"Pada masa yang sama, selepas lima puluh tahun, satu parti yang memerintah di bawah UMNO, rakyat tidak boleh bayangkan perubahan politik adalah sesuatu yang normal, dan dunia tidak akan kiamat. Ia adalah satu cabaran sebenar untuk PKR untuk mendekati orang-orang ini."

Pengganti Mahathir sebagai Perdana Menteri, Abdullah Badawi, mengambil langkah-langkah berhati-hati, merapatkan jurang pembangunan antara bandar raya dan desa, dan berjuang menentang rasuah, sogokan yang telah terjadi sepanjang pentadbiran Mahathir.

Pembebasan Anwar Ibrahim memberikan kredibiliti moral kepadanya di mata rakyat. Tetapi semangat pembebasan itu mungkin tidak lama, mungkin menentangnya kembali.

AIDC menterjemah artikel Democracy as Safeguard Against Repressive Islam oleh Lennart Lehmann. Translation from German: Jennifer Taylor-Gaida. Artikel asal klik di sini


Sila klik untuk baca selanjutnya...

Mazhab Islam Anwar : Versi Al Quran & Shakespeare

Dialog antara agama di Itali : Dari kiri: Amartya Sen (Aties), Anwar Ibrahim, Emma Rothschild (Yahudi), Michel Camdessus(Kristian) dan Professor Harold James (Kristian). Sumber foto klik di sini


oleh Irfan Yusuf

Anwar (cahaya majmuk atau meramalkan cahaya) adalah satu nama Islam yang popular di Malaysia. Tetapi selepas melawat Malaysia bulan lepas, saya telah meninggalkan Malaysia dengan tanggapan bahawa hanya sedikit rakyat Malaysia tertarik dengan tawaran yang dibuat oleh Anwar.

Negara itu telah bergerak sejak hari yang penuh tergesa-gesa pada akhir 1990an, apabila penyokong-penyokong Reformasi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim digulingkan baru-baru ini menjadikan seolah-olah Kuala Lumpur terhenti.

Semasa satu lawatan ke ibu pejabat ABIM (Malaysia Islam Youth Movement yang diasaskan dan dipimpin selama bertahun-tahun oleh Anwar), tidak seorang pun aktivis yang menyebut nama Anwar.

Kini dia menghabiskan kebanyakan masanya bersyarah di Oxford atau Universiti Georgetown di Washington dan dia baru sahaja menyelesaikan satu lawatan ke Australia, lawatan keduanya sejak pembebasannya dari penjara.

Lawatan pertamanya, pada awal 2005, apabila dia masih menderita kesan bagi kerumitan kesihatan berkaitan penjara dan kebanyakan ucapannya untuk para hadirin Islam.

Pada lawatan baru-baru ini, Anwar menyampaikan ceramah untuk para hadirin yang lebih luas dengan pelbagai topik seperti drama Shakespearean, politik demokratik, demokrasi liberal dan hak-hak manusia.

Shakespeare tidak mungkin menjadi inspirasi untuk aktivis politik Islam. Tetapi Anwar telah diketahui oleh umat Islam bahawa kehidupan enam tahun di penjara, dia menghafaz Al-Quran dalam bahasa Arab dan dia juga menghabiskan empat kali hasil kerja Shakespeare.

Dia kerap menggunakan baris-baris kata daripada Shakespeare dalam ucapan-ucapannya, mempersoal mesej Shakespeare yang mengandungi nilai-nilai fundamental untuk dikongsi oleh umum sama ada yang beragama atau tidak.

Semasa ucapannya di Canberra Islam Centre, Anwar berjaya memasukkan imejnya sebagai Raja Lear iaitu pemerintah saksama dengan keunggulan Islam.

Anwar merasa selesa dikelilingi oleh umat Islam yang pelbagai etnik di Canberra, seronok dengan kumpulan etnik Islam yang berbeza. Tetapi dia mempunyai mesej-mesej yang serius, mengingatkan para hadirinnya keperluan untuk melibatkan diri bersama masyarakat Australia dengan pelbagai budaya yang lebih luas.

Dia berkata negara-negara seperti Australia dan New Zealand menyedarkan semula tradisi klasik pelbagai kaum Islam di Sepanyol dan persatuan pelbagai agama yang dikenali sebagai convivencia.

"Saya menggunakan contoh Malaysia. Ia satu kesatuan pelbagai kaum dan masyarakat berbilang agama. Islam hanya relevan untuk Malaysia jika ia difahami dalam sebahagian hal yang mengukuhkan ciri-ciri pelbagai bangsa kita."

Anwar memerli masyarakat Islam yang hanya memilih untuk tinggal di dalam kepompong kebudayaan, menolak untuk berinteraksi dengan komuniti-komuniti lain.

Di Istanbul bulan lepas, dalam satu persidangan pemimpin-pemimpin Islam Eropah, Anwar menyeru umat Islam EU untuk melihat diri mereka pertama sekali sebagai orang Eropah, bukan mengongkong kegiatan politik mereka tetapi untuk melaksanakan dan menyelesaikan lebih banyak isu-isu Islam.

Dia mengkritik umat Islam yang hanya prihatin apabila pencabulan hak asasi manusia dilakukan melibatkan umat Islam yang lain.

"Dimanakah keprihatinan umat Islam berkempen untuk membebaskan ketua pembangkang Burma, kakak kita Aung San Suu Kyi? Atau kita perlu menunggu supaya dia memeluk Islam terlebih dahulu sebelum kita membantu dia?"

Dalam perjalanannya ke Australia Anwar telah diiringi oleh isterinya, Dr Wan Azizah Ismail, seorang pengamal perubatan yang kini telah menjadi keluarga paling aktif dalam politik.

Semasa pidato awam terakhir, sebelum dipenjarakan, Anwar mengejutkan isterinya dengan memberitahu penyokong pergerakan Reformasinya: "Jika apa sahaja yang berlaku kepada saya, saya mahu Azizah mengambil-alih."

Sebelum penahanannya akibat kes-kes termasuk liwat - satu dakwaan, kata Azizah, direka untuk menghakis tauliah Anwar berkaitan Islam - Dia telah dipilih ke Parlimen pada tahun 1999, dan terus mempertahankan kerusinya.

Anwar didapati mengalami parut fizikal dan psikologikal kesan daripada penjara. Pada Julai 2004, pada malam pembebasannya, wartawan Malaysia MG Pillai melaporkan para doktor Anwar berkata : "(Anwar akan mengalami) kelumpuhan tidak lama lagi, kegagalan neurologi, kegagalan buah pinggang dan kegagalan urinari".

Dia telah memulakan dengan satu tindakan sivil bernilai berjuta-juta ringgit terhadap bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed tetapi masih berjenaka tentang pengalamannya di penjara.

Anwar kini melihat dirinya seperti satu jambatan menghubungkan Islam dan dunia barat dan teruja mengenai apa dia panggil sebagai "gelora Islam demokratik" dengan merujuk kepada negara-negara seperti Indonesia dan Turki.

Matlamat Anwar untuk membina jambatan di luar negera adalah terpuji. Tetapi mungkin keperluan yang lebih mendesak adalah dia perlu membina jambatan antara kepercayaan, agama dan etnik di dalam Malaysia sendiri.


AIDC menterjemah artikel Shakespeare and Islam shape life for roving Anwar oleh Irfan Yusuf. Artikel asal klik di sini dan di sini







Sila klik untuk baca selanjutnya...

Renaissance Asia Anwar : Idea Kebebasan dan Pluralisme



Oleh Din Merican, pegawai khas Anwar Ibrahim

Untuk mengenali ahli politik, dengar apa yang ingin diperkatakannya. Untuk mengenali pemimpin, baca apa yang ditulisnya dan perhatikan apa yang dilakukannya. Pemimpin memimpin, hanya semudah itu. Untuk mengenali lelaki, dengar pada jiwanya dan deram-derum hatinya. Itu lebih kompleks lagi.


Anwar Ibrahim, adalah nama yang tidak dapat dipisahkan untuk dihubungkan dengan Renaissance Asia, sememangnya seorang yang kompleks, humanis, ahli politik, dan dia juga seorang pemimpin.

Kita mengetahui bahawa beliau mempunyai banyak peranan di Malaysia dan di luar negara. Di luar negara, dia dihormati sebagai salah seorang pemimpin yang paling luar biasa dari rantau ini. Beliau merupakan cabaran kepada lawan-lawan politik dan para pengkritik.

Di negara sendiri, dia juga merupakan banduan, hati nurani kami kerana teguh berdiri atas prinsip-prinsip dan cita-citanya. Dia terpaksa membayar harga yang mahal untuk itu. Dia menghabiskan enam tahun dalam penjara khas di Penjara Sungai Buloh. Dia telah dibebaskan pada tahun 2004 dan kini merupakan pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat.

Dalam ucapannya di Istanbul, Turki (April, 2006), Anwar Ibrahim mengatakan:

"Pada saat yang sangat penting dalam sejarah ini, ketika Timur dan Barat yang semakin berkembang terasing daripada satu sama lain atas masalah kebebasan dan keadilan, saya mengingatkan berkenaan penerapan dan penghayatan multibudaya dan multietnik kami di Malaysia. Ia merupakan didikan yang diterapkan di dalam jiwa rakyat Malaysia seperti apa yang telah digambarkan oleh pemenang hadiah Nobel Laureate, Amartya Sen sebagai 'sebuah kemajmukan identiti'. Sen, Identiti dan Kekerasan (New York: WW Norton, 2006).

“Secara alami, kami sebagai orang Malaysia adalah orang yang bersikap ingin tahu, sentiasa tertarik kepada agama dan budaya. Kami belajar Al Qur'an dan tradisi Nabi Muhammad pada masa yang sama kami menguasai karya Dante, Shakespeare dan TS Eliot. Untuk itu saya tidak pernah ada keraguan bahawa kami dan dunia Barat sangat bersesuaian, dan bahawa semangat kebersamaan akan terus menjadi sumber inspirasi dalam menghubungkan jurang antara kebudayaan dan peradaban ".

Dia kemudian menyatakan bahawa:

"...kita lihat dasar kebebasan telah dipijak-pijak dan disalahgunakan, menyemarakkan perpecahan di antara bangsa dan peradaban. Saya sendiri berjuang melawan orang-orang yang berusaha untuk mengekalkan kemanusiaan diselubungi kezaliman seterusnya menyebabkan penahanan saya selama enam tahun, selama waktu itu saya menyedari ternyata sekali bahawa kebebasan adalah intipati apabila terserlahnya potensi semangat manusia"

Dalam satu perbualan peribadi (bersama penulis), Anwar Ibrahim mengatakan,
"Saya tahu apa yang akan bebas dan apa ertinya kebebasan. Ia tidak ternilai dan harus dilindungi dan dikekalkan sepanjang masa ".


Renaissance Asia dan Falsafah Anwarian

Mari kita lanjutkan dengan beberapa petikan daripada The Asia Renaissance (Kuala Lumpur: Times International, 1996) dan kemudian kita dapat memutuskan apakah idea dia yang disampaikan pertama kalinya pada tahun 1996 masih boleh diguna pakai di abad ke- 21.

Dia mendefinasikan Renaissance Asia sebagai :

"....kebangkitan kembali seni dan ilmu sains di bawah pengaruh model klasik berdasarkan kekuatan moral dan pegangan keagamaan; kebangkitan budaya yang didominasi oleh berkembangnya kembali seni dan sastera, muzik dan arkitektur serta kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. "(ms 18)

Renaissance Asia, Anwar menyatakan, berbeza dengan yang berlaku di Eropah kerana Renaissance Asia memiliki dasar dalam Islam, Konfusianisme, Buddha, Hindu dan agama Kristian. Di mana bagi negara Malaysia melibatkan kepercayaan kepada tuhan yang telah ditinggalkan Barat demi pembelahan dua Cartesian (pemisahan tubuh dan pemikiran).

Jadi kata Anwar :

“…Asia, walaupun berabad mengalami perubahan dan transformasi, ia tetap mengekalkan keperluan karakter keagamaan. The Asian Man at heart is persona religious.” (ms. 18-19)

Konsep Renaissance Asia bagi Anwar adalah :

"... Pertumbuhan, pembangunan dan berkembangnya masyarakat Asia berdasarkan visi kesempurnaan tertentu; masyarakat penuh dengan kebenaran dan minat untuk belajar, keadilan dan belas kasihan, kesabaran dan saling menghormati, dan kebebasan dengan tanggungjawab. Amalan kepercayaan dan agama tidak terbatas kepada individu kerana ia meresap ke dalam kehidupan masyarakat. "(ms.19).

Anwar Ibrahim mendapat inspirasi daripada tokoh-tokoh besar Asia daripada zaman dahulu, orang-orang seperti Chuang Tze, Ibnu Arabi, Muhammad Iqbal, Sarvepalli Radhakrishnan yang merupakan pengarang 'An Idealist View of Life', José Rizal, Rabindranath Tagore, Jamaluddin Al-Afghani, Nishida Kitaro, dan lain-lain untuk mengukuhkan lagi dasar kepercayaannya bahawa "Bangsa benar-benar dapat tumbuh dan aman damai dengan menerima kenyataan tentang kepelbagaian budaya, menguatkan diri dengan belajar tentang perbezaan mereka serta memperkuat nilai-nilai kehidupan yang mereka kongsi bersama" .. (ms.24).

Renaissance Asia adalah holistik, menyeluruh dan merangkumi semua aspek. Ia berkaitan menerima kepelbagaian budaya kita dan meraikan perbezaan martabat, kebangkitan semula kebudayaan, kebolehupayaan ekonomi, dan pentadbiran yang baik.

Asia perlu memperbaharui komitmennya terhadap nilai-nilai keadilan sejagat bagi semua, kebaikan dan belas kasihan. Tugas kita pastinya tidak mudah, tetapi masih ada harapan jika kita bersedia untuk menhadapi ini dengan kreativiti, imaginasi dan keberanian.

Bagaimana Anwar Ibrahim menterjemahkan falsafahnya dan wawasan kepada satu sistem pentadbiran?


Hal Ehwal Pemerintahan Manusia

Dalam proses membentuk semula Asia, Asia mesti terlebih dahulu melindungi aturan sosial dan politik. Aturan ini mesti berdasarkan idea martabat manusia. Paling penting dalam fikirannya adalah penerimaan demokrasinya, walaupun ketidaksempurnaannya, tetapi masih jalan terbaik, dan mendemokrasikan sesuatu perlu turut melibatkan penciptaan dan kelestarian aturan sosial.

Dia berkata,

“Dalam sebuah rejim yang benar-benar demokratik, seperti satu arahan untuk dicapai melalui latihan penggunaan kuasa dengan nilai akauntabiliti…Demokrasi tidak sepatutnya berakhir dengan sendirinya, tetapi hanya cara yang kita boleh memastikan pentadbiran berperikemanusiaan: pengembalian martabat diri manusia dan memuaskan kelaparan terhadap keadilan. Di sana tidak boleh ada martabat dalam kemiskinan, penyakit, pelucutan, buta huruf dan kejahilan. Martabat wanita terus dinafikan. Penafian melibatkan kedudukan samarata, peluang-peluang dan remunerasi. Di sana tidak boleh menjadi keadilan apabila individu dizalimi dan hak asasi adalah dinafikan untuknya… Matlamat utama kita ialah penubuhan satu buah masyarakat adil dan saksama” (ms.50)

Orang yang sinis akan mengatakan bahawa demokrasi tidak mungkin wujud di dunia kita. Orang Asia tidak ada pemodenan. Mereka penyokong tradisi, dan menjawab hanya untuk pemimpin-pemimpin kuku besi yang autokratik. Memang benar pilihan raya tetap kerap diadakan tetapi pilihanraya susah menuju satu demokrasi yang benar-benar berfungsi.

Kita memerlukan satu media yang bebas , aktif dan menjaga masyarakat sivil, dan alat-alat lain pentadbiran iaitu sistem kehakiman yang adil dan bebas serta mendukung Undang-Undang, dan perkhidmatan awam jujur.

Melihat keadaan di Malaysia, pihak media adalah jauh daripada kebebasan dan media alternatif baru sahaja muncul. Pilihanraya kita telah ditentukan dan palsu. Ahli politik elit dikatakan rasuah, dan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, rasuah telah meningkat. Kesaksamaan, keadilan dan integriti sistem kehakiman dipersoalkan kerana hasil klip video Lingam. Pentadbiran awam manjadi tidak berfungsi.

Maklum balas Anwar adalah yang kita mesti berubah dan memperbaiki diri, menjadi lebih baik dan menjadi lebih kompetitif. Sebagai respons untuk kesinisan, dia sangat suka memetik kata-kata Dr Sun Yat sen yang dilaporkan berkata,

“Aduhai! Ini merupakan seperti mengatakan kepada anak kecil yang dia tidak boleh pergi ke sekolah kerana dia adalah buta huruf”. Kita mesti mencari jawapan-jawapan. Dalam pandangannya, jawapan itu bohong “dalam berjalan jalan di tengah-tengah antara anarki dan absolutisme.” (ms.53).


Ekonomi Berperikemanusiaan

Saya mencari konsepsi Anwarian berkenaan ekonomi berperikemanusiaan adalah sesuatu yang paling menarik minat. Ia mangasaskan satu “falsafah pembangunan yang holistik, dipandu oleh etika dan kebimbangan sosial dan diasaskan di atas prinsip-prinsip keadilan dan kebaikan” (ms.85).

Ia menawarkan harapan bagi serantau dan Malaysia. Untuk jauh terlalu lama, kita pernah mengabaikan sebab dan akibat bagi mencari kekayaan material seterusnya menyebabkan pengecualian sosial yang lain dan pertimbangan budaya.

Dia berkata bahawa:

“Dalam satu ekonomi yang berperikemanusiaan….terdapat penggunaan optimum sumber-sumber yang sukar didapati, disiplin dalam pengurusan fiskal, promosi untuk membersihkan agenda sosial, dan satu pemuliharaan dan pemeliharaan untuk persekitaran. Penggunaan cermat sumber-sumber melibatkan perlindungan dan pemuliharaan persekitaran untuk manfaat generasi akan datang.”

Agenda Ekonomi Rakyat Malaysia

Pada pilihan raya umum ke-12, Anwar Ibrahim telah merangka Agenda Ekonomi untuk Malaysia. Agenda ini menggabungkan idea-idea yang berhubungkait dengan konsep ekonomi berperikemanusiaan.

Rancangannya termasuk strategi-strategi untuk mencapai kadar kukuh dan mampan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan produktiviti dan peningkatan daya saing nasional. Ia termasuk kelahiran satu persekitaran perniagaan kondusif untuk pelabur tempatan dan asing, serta meningkatkan pentadbiran yang baik.

Program untuk pelaburan awam dalam pendidikan bermutu dan sumber manusia, penjagaan kesihatan, dan keselamatan sosial termasuk gaji minimum adalah kritikal untuk mencapai serta mansasarkan keadilan bagi semua. Skim-skim membasmi kemiskinan akan menjadi keperuan dasar keperluan, bukan berdasarkan base bangsa atau kelas.

Penekanan akan diteruskan terhadap pertumbuhan ekonomi dengan keadilan teragih berdasarkan satu kek pengembangan ekonomi.

Agenda ekonomi Anwarian membentuk sebahagian falsafah keseluruhan pembangunan manusia yang mencari untuk keseimbangan material dengan pembangunan rohani, satu campuran kuat pasaran ekonomi dan pencegahan negeri yang 'benign'. Kita memerlukan kecekapan dan kita juga memerlukan belas kasihan bagi di antara kita yang kurang pendapatan atau kurang bernasib baik.

Kesimpulan

Satu kebangkitan semula Asia menunggu kita. Kita memerlukannya untuk naik di atas awan-awan bagi yang putus asa untuk melihat satu subuh baru di mana lelaki intelek Asia dalam abad lepas telah menggambarkan.

Tagore adalah betul apabila dia berkata:

Malam telah berlabuh.
Memadamkan cahaya lampu milik tuan mempunyai sudut sempit terpalit dengan asap.
Pagi yang indah adalah untuk semua dan ia muncul di timur.
Membiarkan cahayanya mendedahkan kita kepada satu sama lain bagi siapa yang jalan pada laluan ziarah di tempat suci yang sama
.

Begitulah harapan saya untuk Malaysia. Membiarkan kita ziarah di tempat suci dalam mencari sebuah ekonomi berperikemanusiaan di mana kita boleh menemui semula maruah kita daripada kerosakan rasuah, ketidakcekapan dan salah urus sumber-sumber yang sukar didapati.

Mari kita perolehi tempat istimewa kita dalam masyarakat negara-negara Asia.


AIDC menterjemah artikel Asian Renaissance Ideas and Its Relevance oleh Din Merican:The Malaysian DJ Blogger. Artikel asal klik di sini


Artikel lain berkaitan :

. Anwar Ibrahim : Renaisance, Reformasi dan Pencerahan

. Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim





Sila klik untuk baca selanjutnya...

Sunday, May 17, 2009

Anwar menolak ulama?

Oleh: AIDC

Pergolakan PAS menjelang muktamar PAS Jun ini, sehingga terpecah kepada dua jalur, kem ulama dan Erdogan, turut dikaitkan dengan peranan Anwar Ibrahim. Buat pertama kalinya kem ulama dikatakan takut status quonya dihapus dan seminar sehari anjuran ulama PAS pada 23 Mei, di Markaz Tarbiyah PAS Gombak, ditafsirkan sebagai senjata berkempen saat-saat akhir.

Seperti biasa portal Malaysiakini.com melaporkan seminar sehari itu dengan nada negatif. Portal itu sudah menghukum seminar itu sebagai medan untuk 'membasuh minda' kem ulama akibat asakan sengit daripada kem Erdogan, walaupun seminar belum diadakan.

Cara sorotan fokus berita Malaysiakini pula amat ghairah mengaitkan kem ulama dengan kumpulan pro-muqabalah dengan UMNO. Portal itu berusaha menanam mind setting pembacanya (terdiri daripada bukan Melayu dan golongan profesional Melayu) bahawa kem ulama adalah kem yang pro - UMNO. Ini adalah satu proganda jahat yang mempunyai matlamat tertentu. Klik di sini

Nama-nama yang disenaraikan sebagai kem ulama adalah Haji Hadi Awang (Presiden PAS), Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), ustaz Haron Taib (bekas Ketua Dewan Ulama), ustaz Hassan Shukri (bekas Timbalan Presiden PAS, ustaz Hashim Jassin (Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat), ustaz Mohamad Daud Iraqi (ketua Dewan Ulama) dan Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu).

Dua nama lagi yang dikaitkan dengan kem ulama adalah Nik Abduh (anak Nik Abdul Aziz) dan Nasruddin Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat). Klik di sini


Istilah "Erdogan" sentuhan Anwar ?

Istilah "Erdogan" dipopularkan oleh blog anti-Husam (www.anti-husam.blogspot.com) yang dibina kira-kira April 2008. Klik di sini

Walaupun sesetengah blogger cuba mempopular istilah lain, misalnya, Mohd. Sayuti Omar (MSO) memperkenalkan istilah "ProLib" (pro-liberal) namun istilah "Erdogan", lebih popular dan diterima umum.

Bermakna individu yang memperkenalkan istilah ini sudah memikirkan semasak-masaknya istilah apa yang paling sesuai untuk menggambarkan wujudnya satu kabilah dalam PAS yang berusaha untuk menentang kepimpinan ulama itu.

Bagi blog anti-husam, istilah "Erdogan" merujuk kepada kumpulan PAS yang berketuakan kepada Anwar Ibrahim. Kumpulan ini diketuai oleh Husam Musa (Naib Presiden PAS).

Tulis blog itu : "Anwar mula membuat "homework"nya dan cuba mencari pemimpin tertinggi PAS yang boleh beliau "pegang". Anwar tahu dan sedar bahawa beliau tidak boleh mempengaruhi Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden. Beliau juga tidak boleh mempengaruhi dua Naib Presiden PAS iaitu Mohd Sabu (yang tidak pernah menyukai Anwar sejak dari dulu sehingga pernah menggelar Anwar "Al-Juburi") dan Ust Ahmad Awang (yang sentiasa istiqamah dan wala' kepada PAS).

Sesatunya peluang untuk Anwar ialah Husam Musa. Beliau tahu bahawa Husam adalah seorang pemimpin PAS yang begitu tergedik-gedik nak naik dan tamakkan kuasa. Beliau tahu bahawa Husam begitu kagum dengan beliau dan berusaha untuk menjejaki beliau. Beliau tahu bagaimana Husam merancang untuk menaikkan dirinya di Kelantan dan bagaimana Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz sehingga Tok Guru percaya kepada setiap perkataannya.

Anwar juga tahu bahawa Husamlah yang bertanggungjawab membawa Saifudin Nasution ke Kelantan untuk menerajui Yayasan Tok Kenali (walaupun ramai orang PAS kelantan sendiri yang layak terutamanya keturunan Tok Kenali sendiri)"


Tulis blog itu lagi; " Usaha mereka yang mula dikenali sebagai kumpulan "Erdogan" dalam PAS itu juga diteruskan. Walaupun keputusan telah dibuat dan dianggap isu PAS-UMNO telah selesai, namun mereka masih meneruskan usaha meniup perasaan kebencian ahli PAS kepada UMNO dan kepada sesiapa dikalangan pimpinan PAS yang berunding dengan UMNO.

Saya rasa saya boleh baca tujuan mereka - iaitu untuk mengekalkan momentum kebencian tersebut dengan harapan perkara tersebut akan dibangkitkan dalam Muktamar PAS hujung minggu ini. Mereka mahu melihat supaya ada perwakilan PAS yang akan bangun mempertikaikan institusi Majlis Syura dalam PAS sehingga perlu dikaji semula kuasa dan kedudukannya. Mereka mahu melihat ada perwakilan akan mempersoalkan dan memarahi secara terbuka Presiden dan Timbalannya yang mengadakan rundingan dengan UMNO.

Mereka juga mahu melihat kenyataan Tok Guru Mursyidul Am di dalam Muktamar nanti yang menyebelahi mereka dan bercanggah dengan Presiden dan Majlis Syura seperti yang biasa berlaku. Mereka juga mahu perwakilan PAS melihat dan menganggap bahawa merekalah (terutamanya Husam) sebenarnya penyelamat dan harapan masa depan PAS.

Dan yang lebih penting, mereka mahu perwakilan PAS menyanjung Anwar Ibrahim sepertimana mereka menyanjung dan memberi kepercayaan dan siqah yang tinggi kepada Anwar untuk membentuk kerajaan persekutuan PR pada 16 September nanti supaya cita-cita Husam untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri juga turut terlaksana walaupun negara tersebut nanti adalah negara kafir apabila majoriti Ahli Parlimennya adalah bukan Islam.

Kesimpulannya, apa yang Husam dan gengnya yang digelar kumpulan Erdogan itu lakukan hanyalah semata-mata untuk mengejar pangkat dan kedudukan. Mereka kata Presiden dan Timbalannya mengejar jawatan Menteri tetapi sebaliknya merekalah yang sebenarnya tergila-gilakan jawatan dan pangkat tanpa mengira masa depan prinsip perjuangan PAS. Percayalah bahawa PAS akan hancur ditangan mereka"


Kumpulan Erdogan yang dimaksudkan oleh blog itu adalah menyokong aliran pemikiran Husam Musa dan Anwar Ibrahim yang terdiri daripada; Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong PAS), Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (AJK Tertinggi PAS Pusat), Dr. Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat), Dr Zulkifli Ahmad (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat), Salahudin Ayub (Ketua Pemuda PAS Pusat), Mujahid Yusuf (Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Pusat), Dr. Lo'Lo' Ghazali (AJK Tertinggi PAS Pusat), Dr Siti Mariah Mahmud (AJK Dewan Muslimat PAS Pusat), Khalid Samad (Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor), Mahfuz Omar (Ketua Penerangan PAS Pusat) dan Hanifa Maidin (Timbalan Task force Kajian isu & daftar pemilih PAS)

Kumpulan Erdogan ini telah melakukan perang saraf ke atas kumpulan ulama dengan pelbagai gelaran termasuk 'proksi UMNO', 'lembab', 'tidak pandai berpolitik'dan pelbagai gelaran negatif lagi.

"Cukup kurang ajar, biadab dan tiada akhlak. Langsung tiada rasa hormat kepada Timbalan Mursyidul Am PAS (Dr Haron Din). Jelas kumpulan "Erdogan" yang dikepalai oleh Husam ini cukup merbahaya dan bakal menjahanamkan parti PAS. Pengaruh Islam liberal telah mula memasuki PAS. Mereka tidak mahu PAS dipimpin oleh golongan Ulama yang bagi mereka adalah bodoh dalam berpolitik dan tidak layak memimpin. Mereka mahu Islam yang PAS bawa adalah Islam liberal yang boleh bersekongkol dengan konsert orang tunjuk bontot. Al-Quran dan AlHadis makin lama makin jauh daripada mereka" Klik di sini


"Diantara yang menjadi balaci dan budak suruhan Husam dan geng erdogannya untuk menyerang Dato' Pa (Mustafa Ali) ialah Khalid Samad yang telah menyerang Dato' Pa melalui beberapa artikel di dalam blognya. Mungkin khalid tak sedar jasa Dato' Pa terhadap beliau ataupun mungkin mereka diajar untuk tidak mengenang jasa. Mereka sanggup menyerang sesama sendiri secara terbuka demi menyelamatkan "orang luar". Pelbagai usaha, desakan dan tekanan dikenakan ke atas Dato' Pa dengan harapan beliau akan melepaskan kerusi Pesuruhjaya PAS Trengganu dan Ketua Pengarah JPPP" Klik di sini

Dr Zulkifli Ahmad (paling kiri) dan Husam Musa (paling kanan) terlibat secara aktif dalam Projek 16 September, anjuran Anwar


Kumpulan Erdogan ini juga merupakan master mind yang menyokong projek 16 September 2008. Pengarah projek 916 adalah Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan anak buah Anwar Ibrahim dan Husam Musa. Mereka sering bermesyuarat bersama Anwar siang malam, namun projek itu akhirnya menemui kegagalan. Klik di sini


Ada apa dengan Erdogan ?

Anwar Ibrahim, Recep Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul


Erdogan merujuk kepada nama Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki. Beliau merupakan 'sahabat baik' kepada Anwar Ibrahim, sejak Anwar bermastautin di Washington pada tahun 2005 hingga sekarang.

Tulisan Mohd Yusmadi Yusof, (bekas fellow Hubert H. Humphrey, Washington D.C merangkap pembantu khas Anwar) menceritakan secara jelas hubungan akrab antara Anwar, Recep Tayyip Erdogan dan Paul Wolfowitz.

Dalam tulisannya bertajuk "Doa dua sahabat untuk keamanan sejagat" (klik di sini), Yusmadi yang sekarang ini Ahli Parlimen PKR Balik Pulau menulis :

"Pada 1 Oktober 2006 lebih kurang jam 5 petang, saya telah menghadiri majlis pidato Keamanan Sejagat oleh Perdana Menteri Turki di Universiti Georgetown bersama teman dari Malaysia saudara Khalid Jaafar. Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Professor Islam Kontemporari Asia Tenggara di Prince Al Waleed bin Talal Centre for Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama pihak Universiti Georgetown dan Kedutaan Turki" (perenggan 1 & 2)

"Dewan O'Donovan di banjiri penuh dengan hadirin dari pelbagai latarbelakang. Antaranya Presiden Universiti Georgetown Dr. John DeGioia, John Esposito, John Voll, kepimpinan ISNA (Islamic Society of North America), VVIP jemputan kedutaan Turki, kepimpinan IIIT Abdullah Schleifer, director of Television Studies at the American University of Cairo - and former NBC bureau chief dan lain-lain lagi. Yang mengagumkan saya ialah Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia juga meluangkan masanya dari awal majlis sehinggalah majlis iftar program tersebut" (perenggan ketiga)





" Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush. Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarakat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya" (perenggan keempat)

Membaca nukilan ikhlas daripada pembantu Anwar ini, secara jelas menunjukkan Recep Tayyip Erdogan menghormati Anwar Ibrahim, bukan kerana Anwar adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tetapi Tayyip Erdogan menganggap Anwar adalah "budak Washington" yang merupakan sahabat karib kepada Zionist, Paul Wolfowitz. Klik di sini dan di sini di sini dan di sini


Tayyip Erdogan mahu mendapatkan naungan Presiden Bush dan untuk masuk ke pintu White House mestilah melalui "budak Washington" dan Paul Wolfowitz yang ketika itu merupakan orang paling kepercayaan Bush yang menjawat sebagai Presiden Bank Dunia.

Barangkali Paul Wolfowitz dan Presiden Bush menugaskan Anwar sebagai 'orang perantaraan' (budak Washington) antara Amerika dengan Turki sebagai menjaga sensitiviti umat Islam. Anwar pula menterjemahkan arahan Presiden Bush itu dengan mengangkat dirinya manusia hebat untuk diwar-warkan oleh penyokongnya sebagai 'konsultan kerajaan Turki.' Walhal pandangan pandangan Presiden Bush, Wolfowitz, Recep Tayyip Erdogan kepada Anwar, tidak lebih sekadar 'budak Washington'


Sebab itu ketika Turki ditolak menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU), Tayyip Erdogan berdiam diri, sebaliknya Anwar bangkit mengecam Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy, yang didakwa sebagai dalang penghalangnya.

Suara lantang Anwar bukan mewakili Malaysia, sebaliknya mewakili suara Washington yang bermusuh dengan Presiden Peranchis itu. Sebenarnya Washington mahukan Turki dimasukkan ke dalam EU sebagai mata dan telinga Amerika, tetapi taktik Amerika itu sudah dapat dihidu oleh anggota EU yang lain.

"Kita memerlukan pemimpin seperti Erdoğan. Dunia Islam perlu pemimpin seperti itu, kita mempunyai asas Islam yang kuat tetapi kita tidak pernah mendakwa mewakili Muslim atau mendakwa untuk menjadi parti agama – seorang pemimpin yang mempunyai keberanian hebat terhadap Iraq, Iran, Hamas dan pada masa yang sama mempunyai hubungan baik dengan Israel " kata Anwar Ibrahim. Klik di sini

Ketika diwawancara oleh Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life Amerika, peranan Anwar sebagai 'budak Washington' yang menjaga Turki semakin ketara.

"Keputusan Perdana Menteri, Erdogan [Turki] untuk bertemu Hamas adalah satu peristiwa penting, tetapi di AS ianya dilihat sebagai satu jenayah yang besar. Jenayah apa? Biarkan mereka bertemu dan berbincang dengan Hamas. Adakah kita tahu apakah yang berlaku dalam mesyuarat- mesyuarat tersebut?

Hakikatnya, Perdana Menteri Erdogan telah memberikan penerangan ringkas kepada saya tentang apa yang berlaku, dan pada fikiran saya beliau seorang yang berani dan bijak untuk mengambil peluang untuk menunjukkan kepada Hamas bahawa beliau menghormati keputusan rakyat Palestin, dan bahawa beliau bersedia untuk bekerja dengan mereka.

Tetapi ianya juga penting untuk meyakinkan Hamas, “Kami mahu anda menjadi peneraju dalam masyarakat antarabangsa, yang bermaksud bahawa terdapat sesetengah bahagian dalam dasar berpunca dari masa kemarahan, yang mesti dirasionalkan.”

Penglibatan bersama Turki memberikan satu peluang untuk menyampaikan kepada Hamas keperluan untuk bersederhana dalam kedudukan mereka, dan sebagai sekutu kepada AS, Turki secara sah boleh memaklumkan kepada Hamas bahawa, “Ya, kami akan mampu untuk bekerja bersama Amerika Syarikat untuk mencari persefahaman."
Klik di sini


Malah isu Recep Tayyip Erdogan yang didakwa telah 'memalukan' Shimon Perez, semasa persidangan di Davos baru-baru ini adalah sebagai strategi untuk mengangkat imej Turki. Idea ini diberikan oleh Anwar Ibrahim.

Tiga minggu sebelum berlangsungnya persidangan di Davos, Anwar (budak Washington) telah dijemput oleh Recep Tayyip Erdogan untuk memberi idea bagaimanakah untuk mendapat 'saham' daripada persidangan tersebut.Klik di sini

Sebab itu Faisal Tehrani (blogger muda pro PAS) menulis isu Erdogan-Perez tidak lebih daripada sandiwara semata-mata. Klik di sini

Tulis Faisal : "Ramai orang bertanya kepada saya (kerana pengalaman saya menetap di Nevsehir, Turki untuk satu tempoh yang agak lama) apakah Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) sebuah parti yang ingin memperjuangkan Islam?

Jawapan saya: 'Jangan terpedaya. Parti Keadilan Turki adalah hamba Amerika. Ia adalah parti sekular-liberal maka tidak menghairankan jika ada orang tergila-gilakan strategi dan metodologi parti tersebut untuk diaplikasikan di sini. Parti yang memperjuangkan Islam di Turki tetaplah parti yang dipimpin Necmettin Erbakan.'

Sekali lagi, saya akan menyatakan: 'Jangan terpedaya. Taktik Parti Keadilan ini kita tahu benar. Dalam pertemuan dengan Ariel Sharon misalnya Erdogan sangat menyebelahi boneka Amerika di Palestin, Mahmoud Abbas (sila lihat di sini), malah Erdogan sangat menyokong 'road map' bikinan Amerika dan Zionis"


Kesimpulannya Recep Tayyip Erdogan menggunakan "Islam" sebagai daya tarikan untuk mempopularkan dirinya tetapi dalam masa sama mengekalkan hubungan diplomatik dengan Israel dan Amerika. Di belakang Recep Tayyip Erdogan adalah budak Washington bernama Anwar Ibrahim.

Kalau begitu, bagaimana pula dengan kumpulan Erdogan di Malaysia ? Bukankah di belakang Erdogan PAS adalah orang sama iaitu "budak Washington" bernama Anwar Ibrahim ?


Kaitan Erdogan dengan Malaysiakini.com

Keghairan portal Malaysiakini.com menjulang nama "Erdogan" sebagai watak positif serta memberi imej negatif kem "ulama" PAS sebagai pro UMNO tentulah bersebab.

Portal itu sendiri termasuk dalam senarai grand design pembentukan kem Erdogan yang bermesyuarat di Turki pada April 2006.

Teresa Kok (DAP) mendedahkan di blognya (klik di sini) Stevan Gan (ketua editor Malaysiakini) terlibat sama dalam perhimpunan anjuran World Movement for Democracy (WMD), National Endowment for Democracy (NED) (keduanya yayasan Amerika) di Istanbul Turki.


Teresa Kok sedang berbincang dengan Anwar di Turki. Ketika itu Anwar bermastautin di Amerika Syarikat, sebagai pensyarah jemputan di Center for Muslim and Christian Understanding(CMCU), Universiti Georgetown.

Recep Tayyip Erdogan, Anwar Ibrahim dan Kim Campbell (Secretary-General, Club of Madrid) merupakan pengucap utama dalam program yang bertema "Demokrasi, Keadilan dan Pluralisme"

Pada Amerika, takrif "Demokrasi" adalah sinonim dengan "pluralisme". Tetapi Anwar terjemahkan di Malaysia "Demokrasi" adalah perjuangan kebebasan pilihanraya yang adil dan media yang telus, walhal takrif sebenar "demokrasi" yang difahami oleh masyarakat Amerika lebih luas daripada itu.

Nama Stevan Gan turut disenaraikan sebagai ahli forum,(klik di sini) manakala nama Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (wakil PAS) disenaraikan sebagai peserta.Klik di sini


Peserta Malaysia yang dihantar Anwar ke Turki : Steven Gan (Malaysiakini), Syed Azman (PAS), Tian Chua (Keadilan) dan Teresa Kok (DAP)


Anwar Ibrahim menyampaikan ucap utama dalam program NED di Turki.




Blogger NTanwar mendedahkan model Islam Erdogan Malaysia ditiru daripada Erdogan Turki iaitu jenama "Islam" hanya sebagai objek menarik undi, tetapi yang lebih penting adalah 'persefahaman antara Muslim dan Kristian' sepertimana yang disimbolkan di bekas Masjid Hagia Sophia, Istanbul. Klik di sini

Pemandangan di kubah Hagia Sophia, Turki yang melambangkan pluralisme antara Islam dan Kristian. Terdapat kalimah Allah dan Muhamad di dinding dan di kubah terdapat lukisan Mother Mary dan Little Jesus.


Memang tidak menghairankan jika Malaysiakini.com berusaha memberi watak hitam kepada kem ulama, kerana portal itu termasuk sebagai senjata saraf Anwar yang dibiayai oleh George Soros.

Pada peringkat awal penubuhan Malaysiakini pada tahun 1999 (klik sini) Tian Chua, Elizabeth Wong, Stevan Gan dan Pramesh Chandra (empat sekawan dari universiti Australia) terlibat sama dalam mesyuarat membangunkan sebuah akhbar internet yang memperjuangkan 'justice, human rights, democracy, freedom of speech dan good governance' yang akhirnya dijelmakan sebagai Malaysiakini.com.

Sponsor utama portal itu adalah Open Society Institute (OSI) milik korporat Yahudi bernama George Soros.Klik di sini dan di sini

George Soros (Open Society Institute) bersama Tian Chua (Ketua Penerangan PKR)


Dalam laporan Janet Steele, The International Journal of Press/Politics 2009; 14; 91 bertajuk "Professionalism Online: How Malaysiakini Challenges Authoritarianism", (klik di sini) dia melaporkan Malaysiakini mendapat tajaan George Soros melalui Open Society Institute yang turut menaja Southeast Asia Press Alliance (SEAPA) dan Media Development Loan Fund (MDLF).

Bekas Editor Berita Malaysiakini, Chon Yen Long, pula mendakwa Malaysiakini menerima wang sejumlah RM 188,000 daripada Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikaitkan dengan OSI milik Soros.

Jadi semakin jelas perkaitannya dengan Anwar. Tian Chua adalah Ketua Penerangan PKR. Elizabeth Wong adalah Ketua Penerangan Wanita PKR. Stevan Gan merupakan panelis NED yang dijemput ke Turki dan Pramesh Chandran adalah pegawai kewangan Malaysiakini.com yang mendapat tajaan George Soros.

Anwar pula pernah didakwa menjadi alat kepada spekulator wang George Soros, ketika menjadi Menteri Kewangan sehingga menyebabkan krisis ekonomi di Malaysia 1998. Malah sampai sekarang Anwar masih berkhidmat dengan badan tajaan George Soros yang dinamakan International Crisis Group (ICG). Klik di sini


Betulkah Anwar berhasrat tolak ulama ?

Blog anti-Husam telah memberi isyarat jelas. Tulisnya, "Jelas kumpulan "Erdogan" yang dikepalai oleh Husam ini cukup merbahaya dan bakal menjahanamkan parti PAS. Pengaruh Islam liberal telah mula memasuki PAS. Mereka tidak mahu PAS dipimpin oleh golongan Ulama yang bagi mereka adalah bodoh dalam berpolitik dan tidak layak memimpin. Mereka mahu Islam yang PAS bawa adalah Islam liberal"

Salah satu ciri mengenali fikrah penganut "Islam Liberal" adalah trend mereka berkompromi antara Islam dan Kristian. Anwar adalah pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU) Universiti Georgetown, Amerika. Anwar juga penerima anugerah 'pluralisme' (persamaan antara agama) oleh universiti Kristian St Ateneo University, Manila.

Khalid Samad ahli parlimen PAS Shah Alam merupakan tokoh PAS pertama yang berkunjung ke Gereja Divine Mercy, Shah Alam sebaik sahaja menang PRU 12. Seperti kata paderi Gereja Divine, beliau bukan mengundang Khalid untuk datang ke gereja, sebaliknya Khalid sendiri yang beriya-iya menawarkan diri. Klik di sini

Dr Zulkifli Ahmad pula merupakan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat yang bersuara lantang di parlimen membenarkan penggunaan kalimah ALLAH kepada penganut Kristian, meskipun dibantah oleh ustaz Taib Azamuddin (ahli Parlimen PAS Baling). Sudah terang lagi bersuluh pandangan bekas Imam Besar Masjid Kuala Lumpur, tetapi Khalid dan Dr Zulkifli masih berdegil mempertahankannya. Klik di sini

Ciri kedua mengenali pemikiran Islam Liberal adalah 'kecelaruan minda antara campuran Al Quran dan Falsafah Barat'. Al Quran dicampuraduk dengan falsafah Barat untuk proses pe'liberal'an sehingga akhirnya Al Quran hanya dilihat mengikut kaca mata Barat.

Tokoh-tokoh John Locke, Amartya Sen, Edward Said, Adam Smith, Thomas Jefferson disebut berseli seli dengan ayat-ayat Al Quran. Pada akhirnya kata-kata falsafah Barat menjadi pegangan utama, lebih penting daripada kata-kata Al Quran.

Adian Husaini, pengkaji Islam Liberal Indonesia merumuskan Islam Liberal muncul akibat pengaruh belajar dari orientalis yang berniat menghancurkan Islam secara halus. Klik di sini

Beliau juga mempertikai pemilihan Raden Kartini sebagai ibu pertiwi Indonesia, kerana di belakang Kartini jelas terdapat sentuhan orientalis bernama Snouck Hurgronje. Klik di sini







Anwar sendiri semasa berceramah di Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (SHURA) pada 2006, mengakui beliau tergolong dalam "pemikiran liberal".

Dalam ucapannya dipenuhi dengan kata-kata falsafah Barat. Bahkan, Anwar turut memperlekeh semua ulama pada hari ini termasuk SHURA yang tidak bertegas mempertahankan pluralism antara agama.

Anwar meletakkan pendapat-pendapat ahli falsafah Barat sebagai sumber kekuatan hujahnya dalam menjustifikasi perlunya semangat tolenrasi dan pluralisme antara agama.

Walaupun hujah Anwar dipenuhi dengan bahasa bombastik dan berkias namun jelas terpancar misi Islam Liberal yang menuntut agar Al Quran diterjemahkan semula.

Hujah Anwar berdasarkan pendapat Edward Said yang 'terkesan' membaca Al Quran dari sudut 'humanist' (istilah yang sering digunakan oleh kumpulan Islam Liberal).

Walaupun Edward Said 'terkesan' dengan 'makna' Al Quran secara 'humanist' (kemanusiaan) tetapi beliau masih kekal sebagai penganut Kristian Protestan. Klik di sini dan di sini

Pada 1 Disember 2005, di New York, Anwar berterus terang kepada pemikir Amerika tentang bentuk kepimpinan PAS yang diperlukan di Malaysia.

"Dalam pengalaman saya yang terhad, dengan Parti Islam (PAS), kami dikenali sebagai penyokong kuat "undang-undang Islam", juga sebuah "Negara Islam". Sekarang, "Negara Islam bukan lagi agenda kami, kata Anwar dalam program anjuran the National Endowment for Democracy (NED) kepunyaan Carl Gershman, seorang Yahudi yang menerajui yayasan demokrasi Amerika.




Macam mana, Anwar yang tidak menjadi ahli PAS boleh bercakap seolah-olah mewakili parti PAS. Anwar penuh yakin pada tahun 2005, PAS akan gugurkan slogan "Negara Islam" dan keyakinan Anwar berasas apabila pada tahun 2008, PAS telah menggugurkan slogan "Negara Islam" diganti dengan "Negara Kebajikan".

Bagaimana Anwar tahu perancangan PAS secara terperinci ? Adakah proksi Anwar di dalam PAS seperti Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong PAS) dan Husam Musa (Naib Presiden PAS) melaporkan setiap perkembangan PAS kepadanya ?

Berkenaan Turki pula, Anwar secara keras mengkritik kepimpinan sistem Khalifah Uthamaniyah yang didakwanya lembab, bertindak kejam dan tidak berhati perut.

Anwar memuji Abdul Rehman al-Kawakibi yang berani mengkritik Empayar Uthmaniyah, Turki. Anwar juga kagum dengan Riffat Tatawi yang menulis buku “An Imam in Paris”.

Pujian secara berseloroh itu menunjukkan rasa kagumnya dengan 'pencerahan Eropah dan Barat".

Kata Anwar "ia mengingatkan saya dengan sebuah filem Hindi yang hebat, “An Evening in Paris”, atau mungkin lakonan Marlon Brando, (seorang gay) “Last Tango in Paris”. Atau penerangan jelas Taha Hussein (tokoh Islam Liberal) dalam “The Future of Egyptian Culture" (Masa Depan Budaya Mesir). Dan surat Puteri Jawa, Raden Kartini (tokoh Islam Liberal) pada abad ke-19, “From Darkness to Light" (Dari Gelap kepada Cahaya).





Semua nama yang Anwar kagum di atas termasuk Abdul Rehman al-Kawakibi, Riffat Tatawi, Taha Hussein dan Raden Kartini, semuanya tokoh yang dilabel sebagai 'penyuluh' Islam Liberal ke dalam dunia Islam.

Abdul Rahman Al Kawakekibi (1271-1902) dianggap 'Bapa Reformis Moden Dunia Arab' oleh orientalis Barat. Beliau berusaha menjatuhkan Khalifah Uthmaniyah melalui penulisan buku dengan memperburukkan pemeritahan Khalifah serta melaga-lagakan antara penganut Kristian dengan Islam. Salah satu bukunya yang popular bertajuk "Ummul Qura" (Mother of Towns).

John Esposito (guru Anwar) telah memasukkan nama Abd al Rahman al Kawakibi dalam "The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World", John Esposito (ed.), Vol. 2 (New York: Oxford University Press, 1995): 405-406).

Pihak Amerika pula menjulang nama Al Kawakebi sebagai "hero demokrasi" dengan menubuhkan "Al Kawakibi Democracy Transition Center" (KADEM) yang dibiayai oleh Middle East Partnership Intiative (MEPI) dan United States Department. Klik di sini

Jasa terbesar Al Kawakebi ke atas dunia Islam adalah meruntuhkan 'Sistem Khalifah Uthmaniayah' yang menjadi benteng terakhir Islam di Turki dan memunculkan Mustafa Kamal Artatuk yang memperkenalkan sistem sekular berasaskan Demokrasi dan Pluralisme. Klik di sini dan di sini




Berkenaan Mustafa Kamal Artatuk, Anwar tidak mengkritik keras sebagaimana beliau mengkritik Khalifah Uthmaniyah. Anwar hanya menegur tafsiran salah Kamal Artatuk yang menafsir 'sekular sebagai anti-agama'.

Menurut Anwar sekular tidak anti agama. Tafsiran sekular Kamal Artatuk melebihi tafsiran sekular di Amerika Syarikat. Sekular di Amerika tidak anti agama, cuma memisahkan peranan negara dengan gereja sahaja.

Ironisnya kebanyakan ulama PAS amat bersimpati dengan kejatuhan Khalifah Uthamaniyah di Turki. Mereka tidak memuji golongan seperti Al Kawakebi yang menjadi tali barut Barat untuk memusnahkan Islam.

Bagi mereka kemunculan Mustafa Kamal Artatuk adalah pengkhianatan terbesar kepada dunia Islam yang berjuang atas slogan kebebasan, demokrasi dan keadilan.


AIDC
17 Mei 2009, 12. 44 pagi.


Artikel lain berkaitan :

. Memahami serangan anai-anai Erdogan II

. Anwar Ibrahim dan Projek Islam Liberal Malaysia ?

. Anwar Ibrahim : Ke mana Haluan Perjuangan Islam

. Skandal Foto Bogel : Memahami lingkaran gelap Elizabeth Wong

. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika

. Video NED : Anwar Ibrahim pro Israel ?

. Anwar berdialog dengan Kristian-Yahudi di Florence, Italy ?


Sila klik untuk baca selanjutnya...