Oleh Dr Bakri Musa
Bertentangan dengan penegasan saya beberapa tahun lepas bahawa Anwar tidak lama lagi akan menjadi “Anwar, Siapa?”, Anwar Ibrahim sekali lagi diberi perhatian setelah pembebasannya dari penjara. Tidak mungkin Anwar dapat dilupakan (kecuali kepada mereka yang bergantung kepada akhbar harian Malaysia), Anwar dipuji dan disanjung tinggi oleh Hopkins dan Oxford.
Tuhan mungkin membenarkan Anwar untuk meneruskan hasratnya, dan menghentikan lagi. Dia mungkin lagi menjadi satu nama yang gah , untuk sebab yang tidak masuk akal. Anwar dengan jayanya mendaki kemuncak politik dalam kerjaya sebelumnya, hanya gagal mendaki jawatan paling atas (PM) .
Jika dia memasuki arena politik sekali lagi, sekali lagi cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri akan menemui kegagalan. Tiang yang sangat kukuh. Laluannya adalah sukar; sambutan hangat daripada temubualnya dengan BBC baru-baru ini adalah satu pratonton yang bagus.
Jika Anwar menyalurkan bakat kepimpinannya untuk selain daripada bidang politik, akan tiada had untuk kebaikan, dia boleh mengetengahkan dirinya, Malaysia, Islam dan dunia.
Dia merupakan seorang pemimpin yang giat dipikat oleh "neo-cons" (kumpulan Yahudi Amerika) di Washington, DC, dan dalam masa sama dipikat oleh fundamentalis ulama-ulama PAS, di Malaysia, akan memberi banyak sumbangan untuk merapatkan jurang pemisah antara Islam dan Barat.
Seorang lelaki yang memetik falsafah Churchill (gereja) dan Confucius (falsafah China) mengikut kehendaknya sendiri, secara unik berpotensi untuk membawa pemahaman lebih di antara Timur dan Barat
Jika Anwar memilih untuk masuk politik, dia akan menjadi seorang lagi ahli politik Malaysia - dan masyarakat Melayu khususnya - mempunyai satu kelebihan kepada mereka.
Jika dia gagal untuk mendapatkan jawatan tertinggi, warisannya adalah dia seorang ahli politik yang gagal. Yang hanya akan menambahkan kekecewaan peribadinya; untuk Malaysia dan orang Melayu bagaimanapun, kesan daripada itu boleh mengakibatkan kemusnahan.
Kemasukannya semula ke kancah parti politik akan membuka pekung lama yang baru sahaja mahu sembuh. Rakyat Malaysia, bukan sahaja ahli-ahli UMNO, perlu menyebelahinya.
Seperti Doktrin Presiden Bush “Anda bersama kami atau menentang kami” akan timbul semula di Malaysia dengan politik balas dendam; Anwar akan mewujudkan jurang pemisahan kaum. Dia akan menjadi sebahagian daripada masalah, bukan sebahagian daripada penyelesaian masalah dalam politik Malaysia.
Penyokong-penyokongnya dan pemuja Anwarisme akan cuba meyakinkan Anwar sebaliknya. Dia tidak seharusnya mengenepikan mereka, tetapi Anwar harus cuba untuk menyelami motivasi mereka.
Bagi sesetengah masyarakat, ini adalah masa untuk membalas dendam; satu peluang untuk mendapatkan semula pelaburan-pelaburan mereka – material dan emosional - terhadapnya. Sebenarnya mereka tidak sebab yang kukuh.
Sebaliknya, Anwar perlu memikirkan apa yang dia mahu capai, sama ada mempertimbangkan masuk arena politik atau arena lain yang terbaik untuk dikejarnya. Hanya dengan berkata dia mahu menjadi Perdana Menteri dalam mencapai matlamat-matlamatnya akan menjadi jawapan salah kepada soalan yang salah.
Soalan yang sesuai untuk dia tanya dirinya terlebih dahulu, apakah yang mahu dicapai, bukan apa dia mahu dia jadi.
Anwar sepatutnya berbangga apabila PAS telah menawarkannya untuk menerajui pembangkang. Bagaimanapun Anwar perlu berhati-hati dengan mereka yang memuji anda. PAS boleh jadi cuba mengunakan Anwar, dan Anwar boleh jadi tergoda mengunakan PAS untuk melanjutkan karier politiknya.
Memang, Anwar mungkin boleh merasionalkan bahawa dia berusaha membawa PAS kepada abad ke-21. Akhirnya apabila dia masuk UMNO pada tahun 1981, Anwar berusaha meyakinkan ahli - ahli dalam gerakan Islam dan rakan-rakannya bahawa dia sedang berusaha untuk menjadikan parti itu (UMNO) lebih Islam!
Kita dengan mudah akan melupakan sepanjang tahun alasan oportunisnya, “Saya mahu menukar sistem dari dalam!”
Sepatutnya pengalaman Anwar dengan UMNO boleh menjadi pengajaran kepadanya bahawa hubungan yang bersifat mengekploitasi, peribadi atau politik, jarang sekali boleh bertahan.
Anwar masih mempunyai satu jalinan muhibah di antara para pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya. Yang akan cepat lenyap adalah dengan PAS dan dia harus menjalinkan semula hubungannya dengan PAS. Ia juga bermakna pengakhiran parti (PKR) yang diterajui oleh isterinya. Saya melihat tiada nilai positif dengan kemasukan semula Anwar ke dalam politik.
Dengan meninggalkan politik pilihan raya, hubungannya dengan pemimpin UMNO akan terus berkembang. Anwar boleh dengan cekap menamatkan permainannya yang menjadi dalang politik UMNO dan berupaya mempengaruhi organisasi itu serta pada satu tahap membantu presidennya ketika tidak dapat melakukan apa-apa.
Jika Anwar kekal neutral dari segi politik, dia mungkin satu-satunya individu yang boleh menterbalikkan polarisasi yang semakin berbahaya di kalangan orang Melayu.
Paling tidak, dia boleh menjadi penggangu wacana politik Melayu. Anwar adalah seorang yang selesa membaca tahlil di surau seperti dia juga selesa di majlis bergaya barat di hotel-hotel ternama (sudah tentu menghirup jus oren!). Maknanya, Anwar selesa dengan ulama seperti dia selesa dengan Muslim Liberal.
Anwar sangat disanjung di Bangkok dan Manila. Dia wajar menggunakan kaedah yang baiknya untuk membantu dua negara itu menyelesaikan isu Islam mereka (pada dasarnya etnik Melayu).
Dia harus meyakinkan kerajaan-kerajaan yang menahan mereka (Bangkok dan Manila) supaya melihat lebih jelas yang tindakan ketenteraan bukan penyelesaian, tetapi pembangunan ekonomi dan hak-hak manusia lebih baik dilaksanakan .
Dia harus menggesa kerajaan itu bahawa pemberontakan bukanlah penyelesaian terbaik. Keamanan di Mindanao dan Patani akan menjadi baik untuk mereka bagi hubungan serantau.
Sama juga, Anwar boleh menunjukkan reputasi terbaiknya di Jakarta untuk menyedarkan negara itu meneruskan dasar-dasar ekonomi dan sosial. Dia harus juga menggunakan pengaruh baiknya kepada Sultan Brunei untuk menujah negara feudal itu kepada zaman moden.
Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Anwar bagaikan ditahan dari melakukan semua ini. Saya mencadangkan ruang bagi Anwar patut diperluaskan lebih daripada Malaysia.
Apabila dia dibebaskan dari penjara, kerajaan Saudi menyediakan satu jet eksekutif menghantarnya ke Jerman untuk rawatan perubatannya.
Gerak isyarat ini bukan satu penghinaan untuk kerajaan Malaysia atau kepada Dr Mahathir, tetapi lebih kepada satu pantulan Anwar dalam pembangunan dunia Islam.
Di antara pelawat-pelawat awal Anwar ketika dirawat di Jerman adalah tokoh-tokoh kanan pentadbiran Bush. Anwar adalah salah seorang pemimpin-pemimpin Asia yang memahami kuasa Barat , khususnya Amerika, kepimpinan dan demokrasi.
Pada satu masa, ketika pentadbiran Bush mahu menggunakan sedikit bantuan di dalam dunia Islam, terdapat beberapa orang sukarelawan yang mampu diketengahkan. Anwar salah seorang daripadanya. Bakat Anwar mungkin dapat digunakan dengan hebat. Ia mungkin baik untuk Amerika, baik untuk Islam, dan daripada semua itu, Anwar cemerlang.
Penyokong-penyokong Anwar mengerling terhadap hubungan rapatnya dengan “Neo cons;” Anwar sering mempertahankan hubungan ini. Seharusnya hubungan seperti ini sentiasa disambut secara berterusan.
Kini yang menerajui “neo cons” adalah Paul Wolfowitz di Bank Dunia, Anwar sewajarnya menggunakan pengalamannya sebagai seorang bekas Menteri Kewangan untuk membina sebuah ekonomi teguh untuk memandu bank kepada amalan pinjaman menguntungkan dan jauh dari projek-projek “mega”.
Sebelum Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri, dia seharusnya membebaskan dirinya daripada graviti tarikan penyokong-penyokongnya. Mereka harus berpijak di bumi nyata bahawa mereka boleh terus mempercayai seorang pemimpin yang hebat, tetapi kehebatan ini tidak mungkin dicapai jika dia membenarkan dirinya menjadi penambat untuk mengongkong ikatan emosional.
Jika Anwar boleh merawat penyokong-penyokong dengan penuh kasih sayang, bukan sebagai sauh yang akan menyebabkan dia jatuh lebih dalam tetapi sebagai perangsang yang akan menggerakkannya kepada aspek lainnya sebagai seorang pemimpin, ketika Anwar ditakdirkan untuk ke puncak lebih tinggi.
AIDC menterjemah artikel tulisan Dr Bakri Musa, rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat. Artikel asal klik di sini
Thursday, June 18, 2009
Anwar tak patut bercita-cita jadi Perdana Menteri - Dr Bakri Musa
Labels:
AIDC translater
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Kami adalah kumpulan pancaragam, The Unspinners.
Kami dendangkan lagu-lagu kebenaran dan merungkai pembohongan dan putarbelit.
Sila mampir untuk mendengar lagu-lagu dari album terbaru kami seperti:
1. KY Jelly boleh hilangkan kesan tetapi ...
2. Mahaliwat Desperado nak tangguh kes.
3. Muhabalah tak mau, Mahkamah pun tak mau
Mohon pautan di blog Tuan.
Terima kaseyyyyy ...
assalamulaikum...
xslhkan nk komen n mengingti..
gua stuju btl dgn korng smua...sy xsokong pkr sbb pkr 2 asal umno gk.
bab politik plak, gua xkata ummno 2 slh. dlm umno ad y baik, dlm pas ad gk y buruk. kita sama2 lh baiki smu 2.
tp gua ad reason tersndiri knpe gua kt pas. y 2 korg cr sendiri knpe. org kata nk tau kne blajar, pe la dengar2 ceramah agama.
cthny mengapa sy tolk umno..
dlm Al-Quran ad empat perkara y ditekan kn, puasa, wahsiat, hukum hudud, pergaulan. knpe krjaan tolng hukum hudud xtau la, sedangkan hukum hudud 2 prlu dilaksanakn, pelaksanaany sm cm kita wajib puasa. klu kita kata hudud xblh dprktik skrng mka ibarat cm kita kata puasa 2 pn xsesuai. lbh kung cm 2 la. dlm sjarah nabi, setlh jd perdana menteri madinah, pertama skali pelembgaan islm, nabi nk buat undng2 sndiri tp ALLAH xbenarkan sbb DIA tau nabi akan letk seringan2 hukuman sbb dia syg pd umat ny, tp ALLAH titahkn dlm al-Quran supaya laksaknlh hukum hudud iaitu hukum kisaq. 2 antr sbb para ulamat perjuangkn hukum 2. why ke dua, klu org membunuh hukum dia bunuh, dlm udng2 mlysia tali gantung tp hudud pancung dgn pedang. scr waras kita fkir sm je tp sbnrny kita clp. ALLAH arh pancung mereka y membunuh tp kita p gantung, cian kt mereka sbb ble kt padng masyar septutnya dosa dh kurng sbb kne gantung tp ALLAH xterima dgn hukuman 2 sbb xikut ckp DIA. so sia2 je org 2 mati d dunia kne gantung tp dosa xterhapus. so klu kita umat islam, kita akn selamtkn sesama umat kita.
cuma gua nk bg tau la, jgn sesekali kita benci ahli agama mau pn ulamak. xkesh la sokong sape2 pn. sbb nabi dh ckp y menymbung ape y beliau bt bkn keturunan tp para ulamak. katakan pas n umno duk gaduh, tb2 kiamat, kat seblh mane anda nk duk, sblh dketuai ulamak or bangsawan?? klu sy lbh ykin ulamak la. y kedua npe kita xblh bnci para ugama ni, katakan kita mati, sape y mandikan kita? y tanam kita? xln xbkn org ugama la y urus kita. xkn kita nk suruh bangsawan uruskn kita manyat kitakn.
sy ok dibwh pentadbirn spe2 pn aslong dia utamakan agama.
so, xprlu gaduh kot.. kita sokong y mane wajib bkn sokong y mane kita nk k. wassalam..
Apa la kumarisen ni.. penuh dengah shortform bahasa sms tu bro!!
Tulis betul2 la.. apa ko ingat ko sms awek ko ke nih.. ini komen kat blog la ngok..
Tuih!
This web site is really a walk-through for all of the info you wanted about this and didn’t know who to ask. Glimpse here, and you’ll definitely discover it.
datingsites
Post a Comment